Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 April 2013

Kenapa @AzminAli Tergesa-gesa sahkan Kenyataan @Anwaribrahim Wan Azizah tidak tanding PRU13 ??? @SinarOnline


PETALING JAYA - Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada minggu lalu mengatakan akan bertanding peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor.

Dr Wan Azizah dikatakan tidak layak bertandingi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun.

Kenyataan Anwar semalam sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor.


http://www.sinarharian.com.my/politik/azmin-sahkan-wan-azizah-tidak-tanding-pru13-1.146555?localLinksEnabled=false



Panglima : kem Azmin dan Azizah sudah lama tidak sebulu. Kes keluarga sudah merebak ke peringkat parti yang kononnya akan menuju Putrajaya menggantikan Barisan Naaional.

Sekaligus nampak Azmin memang didahulukan oleh Anwar apabila ura-ura Wan Azizah dikhabarkan akan menjadi MB Selangor telah berjaya dihalang dengan pengumuman ini.

Apakah mereka ini boleh memerintah negara jika keluarga sendiri pun tidak terjaga ?


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate