Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 April 2013

Naib Presiden UMNO DS @Zahid_Hamidi Selar Bekas Jeneral Mula Hentam Kerajaan Selepas Bersara


Oleh : Panglima Perang Cyber


Bukan setakat Jeneral bahkan ramai bekas pesara kerajaan ysng lain jugs turut menghentam bila bersara. Bezanya hanya antara di pentas politik atau di kedai kopi sahaja.

Mereka yang bekerja dengan Kerajaan diterajui Barisan Nasional ini sebenarnya sudah pun mengata Kerajaan BN semasa bekerja namun tidak secergas seperti hari ini bila mana mereka sudah pun bersara. Ibarat mudah kita kata ialah mereka ini takut dibuang atau ditangguh kenaikan pangkat dan gaji lalu mengambil sikap berdiam diri semasa di dalam perkhidmatan.

Inilah situasi ysng diungkapkan oleh orang tua kita dahulu sebagai memberi madu dibalas tuba

Kerana wang pencen diterima setiap bulan hasil penat lelah Kerajaan beruaha mencari wang menyusun pelaburan dan menguruskan keuntungan kepada mereka, akhirnya 'tuba' juga yang dibalas oleh bekas Jeneral pesara tentera ini.

Dalam hal ini jika pandangan mereka lontarkan itu ada asas dan faktanya jelas, kita mungkin boleh menganggap mereka cuba membetulkan keadaan agar tidak menjadi lebih teruk namun apabila mereka bersekongkol dengan puak yang jelas menggunakan fitnah pembohongan di dalam bahan ceramah, maka sekaligus ia sukar memberi keyakinan kepada kita atas apa yang mereka ungkapkan.


Sekali orang menipu sudah tentu tidak ada lagi kemaafan kepada mereka yang sanggup memperalatkan lidahnya untuk memperdaya kita demi mendapat kuasa. Mereka yang menipu seperti kes 16 September 2008 bahawa akan ada MP BN menyertai Pakatan membentuk Kerajaan namun akhirnya gagal membuktikan kata mereka itu benar hingga ke hari ini.

Lebih malang lagi kata-kata mereka ucapkan juga jelas menipu kita apabila banyak janji yang ditaburi sebelum ini gagal dilaksanakan. Hanya 15% sahaja yang dibuat seperti diucapkan YAB Perdana Menteri namun yang bakinya jelas menipu rakyat tanpa henti.

Maka bila bekas Jeneral menyertai pasukan pembangkang maka yang terjadi ialah bekas orang kuat keselamatan ini akan dilihat tidak ada integriti walaupun mereka dikenali dengan sahsiah yang baik di kalangan anggota tentera semasa berkhidmat. Kerana semulia mana manusia itu jika berada bersama pakatan yang menipu dan memutarbelit fakta serta mencipta fitnah sepanjang masa, maka imej mereka juga akan turut sama terpalit tanpa sebarang keraguan di pandangan kita.

Kerana itu wajar Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi menyelar sikap bekas Jeneral ini yang mana membiarkan maruah diri mereka sebagai perwira, direndahkan dengan penglibatan mereka bersama kumpulan tersebut demi ganjaran dunia dan kuasa.

Kita sedar bahawa negara ini demokrasi namun apakah ada nas di sisi agama untuk mereka yang mengerti hukum menggadaikan kalimah Allah kepada agama lain menyertai Pakatan Rosak ini ?

Apakah mereka sedar bahawa jika benar ada dosa rasuah di dalam Kerajaan isu pembelian senjata, ia lebih kecil dari dosa menggadaikan nama Tuhan umat Islam demi penyebaran agama Kristian ? 

Dosa akidah tidak akan diampunkan Allah kerana ia jelas akan membawa kepada mensyirikkan Allah apabila menyokong usaha menjadikan umat Islam murtad dengan kalimah yang digadaikan demi kepentingan agama Kristian ini.. 

Apakah tidak mencukupi kata-kata penuh tegas ulama pondok yang mengharamkan menyokong DAP?

Apakah mereka tidak sedar puak inilah yang menyokong IFC dan LGBT termasuk isu mahu Melayu diberi kebebasan untuk murtad seperti yang disuarakan anak perempuan Anwar Ibrarhim ?

Jangan pentingkan diri namun fikirlah masa depan anak cucu kita khususnya masa depan agama mereka.

Sesusah mana pun hidup jika bahagia di akhirat, itu lebih bererti dari menderita sepanjang masa kerana membuat silap menyokong Pakatan yang mengancam bangsa agama dan juga MALAYSIA KITA YANG TERCINTA.

Isu Lahad Datu jangan dilupa bagaimana ia dikata sandiwara kerajaan oleh Tian Chua walaupun ia sebenarnya adalah satu pencerobohan kepada kedulatan tanah air kita...



Jangan kita lupa tuan puan sekelian dan jangan memberi walau satu undi kepada puak ini.

Bersubahat menyokong pakatan yang menyokong usaha mengancam agama Islam sama dosanya dengan melakukan perbuatan yang haram.

Itulah ajaran dan hukuman di dalam agama kita dan itulah yang kita percaya !!!




Kenyataan penuh beliau :

‘Mereka kecewa, bermasalah’



Beliau menegaskan, mereka tidak sepatutnya memperlekehkan taktikal yang digunakan sepanjang Op Daulat kerana ia berbeza dengan situasi ketika jeneral berkenaan bertugas. Menurutnya, perbuatan mereka membuatkan anggota tentera yang berada di medan tempur dan keseluruhannya marah serta berasa terhina.
“Golongan berkenaan sebenarnya dipergunakan oleh pihak tertentu dan mereka adalah daripada orang yang kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan semasa berkhidmat.

“Sebelum ini kenapa mereka tidak bersuara menyatakan apa yang tidak betul dalam ATM...kenapa selepas bersara baru mereka bersuara dan menghentam kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Markas 8 Briged Infantri dekat Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Menurut Zahid, biarlah rakyat menolak mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana menyebarkan dakyah buruk mengenai ATM. Mengenai sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang memperlekehkan kejadian di Lahad Datu, Sabah dengan menyatakannya sebagai satu sandiwara, Zahid menyatakan hati mereka itu sebenarnya sudah `dibutakan’.

Katanya, soal keselamatan tidak seharusnya dipolitikkan dan sepatutnya dalam isu ini kerajaan dan pembangkang mesti bersatu, tetapi ada pula pihak yang cuba mencetuskan kemarahan rakyat.

“Anggota ATM perlu diberikan semangat dalam menjalankan misi mempertahankan negara. Bila berlaku perkara seperti ini (pencerobohan Lahad Datu) baru kita tahu kepentingan ATM,” katanya.

Sementara itu, mengulas sikap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang cenderung mengeluarkan fatwa mengarut, Zahid berkata, ia sebenarnya merugikan Nik Abdul Aziz sendiri.

“Nik Abdul Aziz diharap jangan mengambil peranan sebagai Tuhan kerana soal dosa pahala hak Allah SWT menentukannya.

“Saya berharap beliau jangan merosakkan partinya sendiri dan saya sendiri berharap `parasit’ seperti ini tiada di dalam PAS,” katanya.



Sent from my iPad

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam mohon Tuan follow blog saya TQ

www.heyticus.blogspot.com

Cari Blog Ini

Translate