Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 April 2013

Tulisan @Panglima_Cyber di Utusan Malaysia Hari Ini : Ulama pondok dan pembangkang berebut kerusi



Terima kasih diucapkan kepada Utusan Malaysia yang sudi menyiarkan tulisan blog panglima selepas memerah idea membela ulama pondok kita yang dihentam Pakatan Pembangkang melalui blog dan media baru kawalan mereka.

Ulama pondok yang merupakan insan yang begitu alim berbanding mereka yang hanya menjadi ustaz selepas belajar empat tahun di Timur Tengah bidang agama dan menjadi pemidato politik PAS di mimbar masjid walaupun ilmu hanya setitis air sahaja di lautan sahaja.

Maka usaha membela tok guru sejati ini satu kewajipan panglima walaupun tidak pernah kenal individu tersebut walaupun satu negeri dengan panglima.

Tulisan yang disiarkan Akhbar utama masyarakat Malaysia yang minat politik ini benar-benar menggembirakan panglima kerana sudah lama tidak mendapat ruang ekoran kelemahan panglima sendiri tidak sempat menulis kerana tugasan.

Alhamdulillah sejak dua tiga hari ini usaha menulis telah dimulakan kembali kerana melihat menjelang detik pertembungan besar yang layak digelar 'ibu segala pilihanraya' ini maka usaha menulis ini telah digiatkan kembali demi alif ba ta.

Jika tidak bagus sekalipun namun diharapkan pandangan yang jujur ini mampu membekas di hati pembaca membuka minda dengan kunci idea yang diberikan.

Artikel yang ditulis tentang isu pondok ini ialah 

http://www.penembak-tepat.com/2013/04/kebangkitan-ulama-pondok-ternyata.html



Ulama pondok dan pembangkang berebut kerusi


Oleh Lukman Ismail

KEPUTUSAN ulama pondok, guru agama dan tahfiz yang sepakat meletakkan hukum haram bagi umat Islam memberikan undi kepada parti politik yang menyokong liberalisme mendapat perhatian.

Ia dibuat dalam satu persidangan ulama-ulama pondok, guru agama rakyat dan tahfiz al-Quran yang diadakan di Gurun, Kedah beberapa hari lalu serta dihadiri oleh lebih 200 kalangan ilmuwan agama dari seluruh negara.

Panglima Perang Cyber (www.penembak-tepat.com) percaya pandangan ulama terbabit adalah ikhlas dan tidak didorong oleh sesuatu berbentuk duniawi sebaliknya hanya untuk menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan semata-mata.

Atas sebab itulah, katanya, pembangkang khususnya Pas kini tidak senang duduk kerana sedar kenyataan tersebut boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap parti itu yang selama ini mempergunakan Islam dan ulama untuk meraih sokongan .

"Dorongan ini berlaku kerana politik telah mengancam kesucian agama Islam. Jika bukan kerana agama mustahil ilmuwan pondok ini akan merendahkan martabat tok guru mereka dengan kenyataan seperti ini.

"Syukur kepada Allah yang telah menggerakkan hati ulama-ulama yang ikhlas ini agar berani ke hadapan demi menjaga agama Islam bukan demi masa depan UMNO atau Barisan Nasional (BN)," katanya.

The Duke (dukeofumno.blogspot.com) dan MyKMU (www.mykmu.net) pula menjangkakan ulama-ulama pondok berkenaan pasti akan diserang habis-habisan di segenap penjuru semata-mata mengeluarkan kenyataan yang menggugat sokongan rakyat terhadap mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jangan terkejut selepas ini jika pondok- pondok di seluruh Malaysia itu akan dilabel sebagai 'pondok UMNO', 'pondok BN' atau 'pondok tak boleh pakai' oleh juak-juak pakatan pembangkang.

"Saya juga yakin bahawa Pas akan mempergunakan Dewan Ulamanya bagi menjawab isu fatwa pengharaman undi terhadap parti mereka dan pakatan pembangkang pada PRU-13 nanti," katanya.

Katanya, malang sekali ketika DAP tetap dengan prinsip 'chauvinis' dan secara tegas menolak sebuah negara Islam, Pas pula sanggup menggadai maruah diri dengan meninggalkan perjuangan menegak negara Islam semata-mata kerana ingin menjaga hati DAP dan PKR.

Sementara itu Hambali Abd. Latiff (hambali1.blogspot.com) menempelak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendabik dada konon DAP kini sudah menerima Islam sejak berkawan dengan partinya.

Katanya, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu jelas bersifat terdesak selepas golongan ulama dan tahfiz seluruh negara membuat deklarasi menolak dan mengharamkan umat Islam mengundi Pas, DAP dan PKR.

"Tidakkah selama ini sejak merdeka melalui Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, peruntukan itu ditentang hebat oleh DAP secara senyap-senyap? Apakah hanya kerana kemungkinan menggunakan lambang Pas, DAP dianggap menerima Islam?

"Cetek sungguh pemikiran Nik Aziz mengenai perkara ini - saya ulangi, mengenai perkara ini - kerana logo Pas (bulan kosong) bukannya lambang Islam," katanya.

Katanya, jika lambang Pas itu mempunyai kalimah Allah nescaya DAP tidak akan mahu menggunakan lambang tersebut untuk bertanding pada PRU-13.

PEMBANGKANG BEREBUT KERUSI

ISU perebutan kerusi antara parti dalam pembangkang semakin parah. Selepas di Johor, Kedah dan Pahang kini berlaku pula di beberapa negeri lain antaranya di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Empayar Pemuda (empayar-pemuda.blogspot.com) berkata, perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh antara PKR dan Pas adalah satu lagi bukti kecelaruan antara parti-parti pembangkang.

"Yang paling menarik semua kekecohan ini berlaku di Pulau Pinang iaitu negeri di mana pencatur utama pakatan pembangkang akan bertanding. Punya sibuk dia pergi susun dan menyelesaikan masalah negeri lain, tapi di kerusi negeri sendiri..."

Ia berikutan tindakan Pas yang mengumumkan Ketua Pemuda negeri, Yusni Md. Piah sebagai calon di Sungai Acheh sedangkan sehari sebelum itu PKR telah menamakan Badrul Hisham Shaharin sebagai calon bagi kerusi berkenaan.

"Sama-sama kita nantikan siapa yang akan beralah dalam drama terbaru ini," katanya.

Untuk rekod perebutan kerusi antara PKR dan Pas juga berlaku di Parlimen Titiwangsa di mana Pas menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaim untuk mempertahankan kerusi berkenaan manakala PKR mahukan Ibrahim Tan Sri Yaacob diletak sebagai calon.

Badut Rakyat (badutrakyat.blogspot.com) menganggap perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang pada PRU-13 menunjukkan mereka sebenarnya adalah parti yang lemah kerana tidak dapat berdiri sebagai satu pakatan dalam erti kata sebenarnya.

"Manakala PKR pula, bukan setakat lemah tetapi sudah pun mati apabila tiada siapa pun menghormati Anwar lagi.

"Hanya dari segi zahir parti itu kelihatan seolah-olah masih hidup tetapi rohnya sudah meninggalkan jasad dan digantikan dengan jin yang dibelanya sehinggakan sukar untuk meninggal dunia," katanya.












Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130412/re_07/Ulama-pondok-dan-pembangkang-berebut-kerusi#ixzz2QEVJn9DE


© Utusan Melayu (M) Bhd










Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate