Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 April 2013

#PRU13 : Calon Yang Digugurkan Bukan Bererti Mereka Gagal - Presiden @NajibRazak


Yang Terpilih Lakukan Terbaik Untuk Parti, Tak Terpilih Bukan Bererti Gagal – Najib

KUALA LUMPUR, 15 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berharap mereka yang terpilih sebagai calon dapat melakukan yang terbaik untuk parti dan mereka yang tidak terpilih pula bukannya membawa erti mereka gagal atau pun bermasalah.
Sebaliknya menurut beliau dalam keadaan di mana masyarakat khususnya pengundi menuntut kepada perubahan maka sebahagian anggota parti terpaksa memberikan laluan dalam usaha menjayakan pembaharuan berkenaan.
“Kepada mereka yang terpilih oleh parti saya harap mereka akan lakukan terbaik untuk parti dan sekiranya ada apa-apa kelemahan parti akan bertindak untuk mengatasinya.
“Dan kepada mereka yang tidak terbaris, bukan bererti bahawa mereka gagal atau pun mereka ada masalah atau pun mereka ada kepincangan tetapi dalam keadaan di mana masyarakat dan pengundi menuntut kepada perubahan maka sebahagian daripada anggota kita terpaksalah memberikan laluan. Kalau mereka tidak memberikan laluan maka tidak ada pembaharuan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah dan aku janji BN kepada Presiden parti-parti komponen dan Pengerusi-Pengerusi BN negeri di Menara Datuk Onn di sini hari ini.
Datuk Seri Najib seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua wakil-wakil rakyat termasuk anggota pentadbiran yang sekiranya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kali ini.
“Sebab itulah saya nak ucap terima kasih kepada semua wakil-wakil rakyat termasuk anggota pentadbiran yang kalau sekiranya mereka tidak bertanding bukan bererti ini  merupakan satu penafian atas khidmat mereka dan sumbangan mereka selama ini.
“Kerajaan tetap menghargai apa yang telah mereka lakukan dan saya amat berharap mereka akan terus sokong parti dan beri sumbangan dalam masa pilihan raya ini dan selepas pilihan raya,” katanya. – MediaUMNO

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate