Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 April 2013

#PRU13 : Pemimpin PAS Tanding BEBAS Protes @NikAbdulAziz Umum Calon Lain di Pasir Puteh Kelantan - @Malaysiakini




Setiausaha PAS Cawangan Danan Timur, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Ibrahim Ismail, 63, mengisytiharkan beliau akan bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya keputusan itu sebagai membantah tindakan PAS memilih semula penyandang kerusi DUN itu Saiful Baharin Mohamad untuk bertanding bagi mempertahan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya 5 Mei ini.

"Saya sebagai mewakili anggota PAS yang tidak berpuas hati dengan pemilihan semula penyandang DUN itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusannya itu di hadapan kira-kira 50 penyokong di rumahnya di Kampung Selising.

Akhir bulan lepas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan peletakan batu asas pembinaan Stadium di Bukit Merbau membuat pengumuman Saiful akan dikekalkan bertanding untuk mempertahan kerusi itu pada PRU13.

Ibrahim yang juga anggota jawatankuasa penerangan PAS kawasan Pasir Puteh berkata keputusan beliau itu berasaskan kepada desakan lebih 1,500 anggota PAS akar umbi supaya beliau bertanding.

Beliau mendakwa anggota PAS pernah membantah pencalonan Saiful pada PRU 2008 dan sukar bagi PAS untuk memenangi kerusi DUN berkenaan jika Saiful dikekalkan calon pada PRU kali ini.

Bernama







Panglima : 

detik kemenangan nampaknya akan dimudahkan Allah apabila satu persatu masalah melanda parti 22 tahun yang menerajui negeri Kelantan negeri ambo juga. Kemenangan menjatuhkan rejim PAS di Kelantan kali ini jika dimakbulkan Allah, wajar kita sambut dengan rasa insaf dan syukur dan berjanji akan bekerja hingga mati demi kebaikan rakyat terutama sekali masa depan agama Islam yang makin suram di Kelantan.

Penyebaran akidah wahabiyyah juga akan dapat dibendung apabila kuasa sudah tidak lagi dipegang pemimpin yang fahamannya condong kepada fahaman wahabiyyah tersebut. 

Benar kita tidak perlu bergaduh soal furuk namun soal wahabiyyah bukan soal furuk bahkan soal akidah yang boleh menghancurkan harapan ummah masuk syurga Allah.

Perjuangan ini hanya dapat direalisasikan apabila Barisan Nasional dapat memerintah kembali negeri Kelantan. Maka kerana itulah ramai tok guru pondok telah bangkit bersama menyuarakan penentangan terhadap rejim PAS Kelantan lalu mengikrarkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional.

Mereka lakukan kerana mahu menjaga agama bukan kerana kuasa atau wang berjuta untuk diri mereka.

Kepada rakan seagama yang menyokong PAS, halusilah fakta dan penjelasan yang kami sebagai blogger bawa di sini dan berubahlah.

TIdak ada perkara yang mahu dimalukan jika anda memilih dengan keyakinan soal parti politik yang mahu diperjuangakan.

PAS bukan agama dan UMNO juga bukan agama yang boleh mrosakkan akidah jika anda menyokong atau menentangnya..

Jangan terlambat kerana kita takut masa untuk membuat perubahan sudah tiada apabila kita sudah pun meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate