Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 April 2013

Tun Mahathir Nasihat Kepada Yang Tidak Terpilih Calon BN PRU 13 - Jangan Pentingkan Diri !!!


Oleh : Panglima Perang Cyber

Salam semua pembaca budiman.

Petang ini panglima mengambil sedikit masa mengatur perkataan meluahkan pandangan. Rasanya jarang sangat peluang ada seperti ini kerana selama ini bahan yang mahu diulas, sudah siap disediakan. Yang menunggu hanya untuk dimuatnaik ke dalam kotak artikel blog yang tidak akan penuh sampai bila pun.

Pada awalnya ia menyeronokkan kerana kita tidak perlu bekerja keras menulis namun akhirnya sekali ia menjadikan kita bergantung kepada orang lain untuk menjawab isu yang diutarakan pembangkang. Baiknya ialah kita mendapat jawapan yang sangat baik dan tersusun, Buruknya ialah kita menjadi sangat malas menulis dan akhirnya idea yang ada asal dari pemikiran kita akan kekal di kepala tanpa diterjemahkan ke dalam ruang maya yang sangat bebas untuk menulis apa sahaja ini.

Seperti biasa apabila menjelang PRU maka akan ada calon yang dipilih sama kekal bertanding atau buat kali pertama bertanding. Mereka yang terpilih biasanya tidak mengetahui sehingga saat pengumuman dibuat walaupun akan mendapat khabar awal yang tidak jelas dari orang yang ada hubungan erat dengan Presiden Parti.

Meskipun sudah bersara menjadi Presiden UMNO, Tun Mahathir hingga kini tetap perihatin dengan masa depan negara yang bergantung kepada sejauh mana keutuhan parti UMNO yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional hasil perkongsiaan 56 tahun merdeka.

Keperihatinan Tun Dr Mahathir ini berkait rapat dengan masa depan bukan sahaja bangsa Melayu bahkan agama Islam yang dianuti majoriti rakyat di negara kita terutama di dalam memastikan hala tuju Malaysia sentiasa betul mengikut apa yang telah dibina dan dirancang oleh beliau dan pemimpin terdahulu.

Jika Tun Dr Mahathir hanya seorang politikus yang hanya mahu mencari kekuasaan menjana kekayaan mencipta kemasyhuran sudah tentu beliau tidak akan membuang masa mengambil berat arah perjalanan negara kita ini. Namun sebagai negarawan sifat mengambil berat perihal rakyat dan negara berdaulat telah menjadikan beliau terus gigih berceramah, memerah idea, bertemu anak muda demi menjelaskan apa yang masih kabur di hati pandangan mereka demi melahirkan generasi yang bijak pandai dan bersih dari sebarang pencemaran fitnah dan hasutan jahat musuh.

Jika Malaysia gagal ditadbir oleh pemimpin yang baik dan partiotik maka sudah tentu Malaysia akan menerima bahana yang sangat buruk. Dengan kedudukan Malaysia sebagai negara penting yang menguasai Selat Melaka yang menjadi laluan paling sibuk di dunia sudah tentu kuasa di tangan Perdana Menteri Malaysia akan menjadi hebat dan mampu membuat permintaan apa sahaja samada kepada negara China atau Amerika yang kini sedang bergoncang kekuatan ekonominya.

Kata setengah pakar paksi ekonomi dunia akan berpindah ke Timur dengan China atau India diramal menjadi kuasa seterusnya.

Apa yang penting kebangkitan kuasa ini turut didokong oleh negara tertentu. Contoh Singapura yang berkiblatkan kepada Amerika, kedudukannya akan bertambah untung jika banyak masalah akan menimpa Malaysia hasil serangan terhadap Ketua Pemerintah iaitu Perdana Menterinya. Begitu juga jika semakin ramai terpengaruh dengan fitnah bahawa Malaysia ditadbir oleh pihak yang korup dan rasuah sehingga usaha terakhir menukar pemerintah melalui jalanan akan disokong oleh rakyat Malaysia sendiri bukan orang lain.

Pergaduhan dan porak-poranda sudah tentu akan berlaku di merata tempat dan akibatnya ekonomi akan musnah dan keamanan akan hancur lalu hidup kita akan dipenuhi dengan kesedihan, ketakutan, kemarahan dan kebencian.

Hari ini meskipun kita bergaduh atas dasar politik namun kita masih lagi mampu mengawal tindakan dari melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan. Namun bila suasana sudah tidak terkawal maka Perlembagaan hanya akan tinggal menjadi 'lembaga' yang tidak berkuasa dan menyebabkan masyarakat akan mengambil tindakan sendiri tanpa takutkan pihak keselamatan.

Inilah yang berlaku di Thailand bila puak kuning dan merah bersilih ganti berhimpun dan membuat kekacauan sehingga kesannya ekonomi Thailand menjadi lumpuh dalam tempoh yang agak lama. Perbuatan menghasut tanpa bukti yang kukuh telah menyebabkan pelabur melarikan diri, pelancong menukar destinasi dan rakyat tiada peluang meningkatkan ekonomi dan Kerajaan juga terpaksa menambah hutangan menampung perbelanjaan ekoran kesusutan pulangan dari cukai dan pelaburan.

Apakah kita mahu Malaysia mengikut jejak langkah demikian ?

Alhamdulilillah setakat ini usaha sepadu rakyat Malaysia di alam maya selain alam fizikal menentang tindakan tidak bermoral melanggar undang-undangan pembangkang dan penyokong mereka telah menjadikan mereka yang melakukannya, berfikir banyak kali dan berhenti demi mengelak mereka diserang oleh kemarahan pengundi, rakyat di tempat mereka kuasai.

Kuasa pemikiran yang membentuk persepsi inilah yang sangat penting untuk kita ubah. Dari fitnah yang meracun hati menanam kebencian hingga melahirkan perkataan dan perbuatan yang tidak mengikut akhlak Islam dan moral kemanusiaan kepada fakta yang berteraskan kebenaran bukan pembohongan yang berulang-ulang.

kepada pemimpin yang tidak lagi dicalonkan, mohon fikirkan semua ini dan juga pandangan mantan PM agar jangan ada yang mengambil tindakan yang tidak betul sehingga merosakkan peluang BN menang besar demi menguburkan Pakatan yang bijak berkata-kata menabur janji manis namun akhirnya hanya menipu  dan memperdaya rakyat marhaen selepas mendapat kuasa memerintah..

bacalah dan sebarkan jika ia baik untuk masa depan anak cucu kita semua.

KUALA LUMPUR, 10 April – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka.Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.

“Kalau betul-betul sayang parti, mereka akan terima dengan fikiran terbuka malah harus sokong parti dan calon ganti itu. Kena ingat dulu mereka menang sebab orang-orang (penyokong) itu juga, jadi kena kembali menyokong calon baharu,” katanya dalam program ‘Soal Jawab’ yang disiarkan TV3 malam ini.Program itu dihoskan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.Dr Mahathir berkata penggantian calon perlu dilakukan pada setiap pilihan raya bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk berkhidmat kepada parti.

Mengambil contoh parti UMNO, beliau berkata tindakan memilih orang lama parti untuk bertanding akan menyebabkan ramai orang tidak akan menyertai parti itu.“Ini menyebabkan UMNO makin lama makin kecil atau diisi oleh orang-orang yang tidak berbakat,” tegasnya.Beliau juga mengingatkan wakil-wakil rakyat BN yang tidak terpilih harus menyokong parti sebagai tanda membalas budi di atas peluang yang diberikan.

Katanya jika mereka tidak menerima keputusan itu, ia bermakna perjuangan mereka hanya terhad kepada diri sendiri dan bercanggah dengan prinsip perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat.
Mengimbas kembali tindakannya mengundurkan diri semasa berada di puncak, Dr Mahathir berkata ia perlu dilakukan agar tidak dibenci rakyat kerana terlalu lama memegang jawatan Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai manifesto PRU13, beliau berkata manifesto pembangkang memperlihatkan mereka tidak faham kebenaran dan kenyataan berbanding manifesto BN yang dihasilkan daripada pengalaman mentadbir negara.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate