Pengikut Blog Panglima

10 Mei 2013

Sahabat-Gunung: PRU-11 2004 BN Paling Popular Undian Tetapi Tidak Memerintah Kelantan Wahai @Anwaribrahim

Isu undi popular diungkit dan dijadikan alasan oleh pihak pembankang dalam Pakatan Haram untuk menghasut rakyat agar bertindak mengutuk terhadap SPR. Dengan maksud agar keputusan SPR ditolak dan nama mereka yang gagal menjadi Perdana Menteri tidak akan tercemar di mata rakyat.

Pembohongan ini semakin memburukkan keadaan di mana sepatutnya selepas selesai pilihanraya semua pihak perlu dan wajib menerima keputusan SPR berdasarkan kaedah yang telah dijalankan hingga diungkap 'paling berdaya saing' oleh Amerika Syarikat di dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selepas penipuan demi penipuan mereka cipta bahawa ada puluhan ribu pengundi hantu, gagal diyakini oleh rakyat yang kemudiannya membuat pencarian fakta menemuinya melalui apa yang diulas oleh blogger dan facebooker pejuang kebenaran. Banyak video sudah disebarkan membuktikan pengundi hantu yang digemburkan adalah penipuan terancang untuk menghuru-harakan keadaan.

Kerana itu Allah melaknat orang menipu dan penipu dianggap munafik dan akan berada di neraka yang paling bawah- sebagai balasan atas perbuatan mereka lakukan di dunia yang banyak menimbulkan keadaan tidak tenteram kepada masyarakat.

Perkara ini sebenarnya sudah berlaku di zaman Nabi saw sehingga isteri baginda sendiri menjadi sasaran fitnah berzina yang disebarkan oleh pihak munafik sehingga turunlah firman dari Allah yang membersihkan isteri baginda selepas itu.

Maka tindakan pada 8 Mei di Kelana Jaya kelmarin dan hari ini dijangka dilakukan protes di hadapan SPR Putrajaya, maka apa yang kita lihat hanyalah pihak tidak puas hati ini hanya menjadi alat kepada pemimpin yang rakus mengejar kuasa namun gagal meraih sokongan yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

Walau semua sudah digadaikan seperti agama Islam apabila menyokong kalimah Allah digadaikan dan bangsa dengan dikatakan bahawa Malaysia ini bukan Melayu  yang punya serta maruah negara yang dihina semasa bercakap di TV luar negara.

Semua yang dilakukan dengan bantuan tangan asingndari luar negara tetap gagal meraih sokongan kerana orang Melayu masih lagi setia bersama Barisan Nasional. Ditambah dengan sokongan kaum India yang sudah muak dengan berbagai janji pembankang yang gagal ditepati.



Walaupun berbagai fitnah dilakukan namun ia masih belum mampu menggugat kesetian pengundi terutama di luar bandar yang masih suci pemikiran mereka dari virus internet yang ditabur pasukan cybertrooper DAP nama Red Bean Army yang gigih mempengaruhi pemikiran rakyat sehingga membencii Kerajaan Islam Malaysia dan mahu menjatuhkannya.

Semuanya menunjukkan kuasa Allah Taala berkat doa waliNya hingga menyelamatkan negara kita dari ditimpa musibah besar yang boleh menenggelamkan kehebatan sebuah negara Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam apabila sentiasa membantu negara Islam yang lain yang ditimpa konflik peperangan atau kelaparan dan lain-lain. 

Bantuan ini juga diberikan kepada rakan walau bukan Islam seperti Jepun yang dilanda gempa bumi yang teruk dan memerlukan bantuan negara luar menghadapinya.

Kini baru kita yakin bahawa tanpa undi Cina pun kita masih mampu memerintah Malaysia !


Bacalah tulisan Blogger Sahabat Gunung isu undi popular yang menarik dan patut disebarkan di  Faebook secara meluas demi menutup ruang fitnah pembohongan yang begitu keji oleh pembangkang.


" Tika ini pemimpin pembangkang sibuk mempropagandakan kononnya mereka lebih berhak memerintah negara ini disebabkan meraih undi popular yang lebih tinggi, selain turut mempertikaikan kemenangan BN yang memerintah Perak dengan majoriti mudah sedangkan menurut mereka undi popular memihak kepada pembangkang.

Bertitik tolak dari polemik undi popular itu, maka ia di jadikan sebagai sandaran bahawa wujud ketidak adilan dan ketidak telusan dalam sistem pilihan raya yang didakwa mengenepikan aspirasi rakyat dan pengundi sekali gus merampas kemenangan yang kononnya memihak kepada pembangkang.

Tapi mereka lupa untuk menjelaskan Pakatan Rakyat (PR) bukannya satu entiti politik yang sah yang sehingga kini masih bergerak secara haram kerana gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Oleh itu tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.

Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya.

Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana Barack Obama yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat."

Baca seterusnya artikel ini :


Sent from my iPad
Catat Ulasan