Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mei 2013

Tamparan Hebat Kepada @Anwaribrahim @LimKitSiang : Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan cara kekerasan

Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan cara kekerasan

KOTA BHARU 19 Mei - Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara kekerasan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelas Ahmad, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu menegaskan bahawa parti itu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang didakwa lebih baik.

"Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130519/po_11/Pas-Kelantan-tolak-konspirasi-jatuhkan-kerajaan-cara-kekerasan


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate