Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mei 2013

Parti Anak Beranak @LimKitSiang @CMLimGuanEng Bergabung Tenaga Lawan Menteri KDN @Zahid_Hamidi | AIDC

DAP Desak Zahid Hamidi Tarik Balik Kenyataan

AIDCNews – 18/05/13 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Mstar mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka.

"Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, satu usul mengecam tindakan tersebut akan dibuat di Parlimen, seperti yang dicadangkan oleh ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Dr Ahmad Zahid mempunyai masa sehingga sidang Parlimen bermula untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat," katanya pada sidang media di Jalan Air Itam pada Sabtu.

Penasihat DAP,Lim Kit Siang dalam kenyataannya di roketkini berkata beliau akan membawa usul kutukan terhadap Zahid Hamidi yang disifatkannya sebagai angkuh sebaik sahaja parlimen bersidang Jun ini.

"Apabila Parlimen bersidang pada pertengahan Jun ini, saya akan mengusulkan kutukan terhadap Ahmad Zahid terhadap kenyataannya yang angkuh dan menjengkelkan yang menyuruh rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan keputusan PRU-13 meninggalkan negara.

"Saya juga menjemput Ahl Parlimen yang mahu menyertai saya bersama-sama menaja usul terhadap Ahmad Zahid dengan mengemelkan persetujuan mereka (ke limkitsiang@gmail.com) supaya mengutuk dan mengumpul tandatangan paling banyak dalam sejarah Parlimen dapat dihantar sebaik saja notis Parlimen untuk sidang pertama Parlimen ke-13 dikeluarkan," katanya.

Zahid Hamidi dalam kenyataan balasnya berkata kenyataannya di Utusan Malaysia perlu dibaca secara keseluruhan dan bukannya dibaca secara luar konteks.

Dalam kenyataan itu Zahid menjelaskan sistem politik yang diguna pakai di Malaysia, first past the post acuan British dan bukannya sistem undi popular, single transferable vote sepertimana yang dipraktikkan di negara-negara republik.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Janganlah kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, sistem yang telah sekian lama terpakai di negara ini dimomokkan sehingga sanggup mengajak rakyat turun ke jalan raya," katanya.

Walaupun Zahid tidak menyatakan secara spesifik pembangkang yang dimaksudkan itu adalah DAP, namun parti cauvanis Cina itu amat berminat memberi respon yang dikaitkannya sebagai rasis.

Setakat ini, Kit Siang, Guan Eng dan Tonny Pua telah memberi respon terhadap kenyataan Zahid yang membayangkan kenyataan Naib Presiden UMNO itu merupakan isu paling penting kepada DAP

Kenyataan Zahid di Utusan Malaysia pada 17 Mei adalah seperti berikut :

Hijrah ke negara republik jika enggan terima sistem negara – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 16 Mei – Pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku negara Komanwel, Malaysia mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui pembangkang sejak pilihan raya umum pertama lagi.

Katanya, berasaskan acuan tersebut sistem pilihan raya Malaysia adalah 'first past the post' iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan 'single transferable vote' seperti mana diguna negara-negara republik.

Justeru tegas beliau, isu undi popular yang dijaja pakatan pembangkang dalam mengapi-apikan sentimen penyokong mereka agar turun ke jalanan bagi mencetuskan rusuhan tidak lebih hanya alasan untuk lari daripada hakikat kegagalan.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Janganlah kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, sistem yang telah sekian lama terpakai di negara ini dimomokkan sehingga sanggup mengajak rakyat turun ke jalan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berulang kali memberi penjelasan bahawa penentuan parti mana yang menubuhkan kerajaan di Malaysia bukan berdasarkan undi popular tetapi parti yang menang jumlah kerusi terbanyak.

Ahmad Zahid turut menyelar sikap dwi standard pembangkang yang menolak keputusan rakyat memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pusat, tetapi menerima pula kemenangan mereka di peringkat negeri.


Sent from my iPad

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KDN dibawah Zahid adalah terlalu menggerunkan kepada pembangkang dan perlu ditundukkan... rakyat menyokong penuh menteri KDN utk lawan sepenuh hati haprak2 negara yg mengkiblatkan Singapura ini... sekiranya MP pembangkang dalam bolg dan twitter mereka sewenang wenangnya mengutuk kerajaan boleh pulak... tengok twitter hannah yeoh pun sudah cukup... akta multimedia mesti perketatkan lagi...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat menyokong penuh menteri KDN dalam hal ini... jangan bagi muka kepada pembangkang yang tidak patriotik kepada negara... kdn perlu adakan pasukan khas untuk memantau laman2 web, blog dan twitter dan ambil tindakan sekiranya perkataan2 yang memecahbelahkan rakyat diucapkan... pinda akta multimedia

Tanpa Nama berkata...

Jangan tarik balik....!!!
Tunjukan ketegasan kita...!!!

Cari Blog Ini

Translate