Pengikut Blog Panglima

09 Jun 2013

Blogger Bidas Bila Menteri KDN Kena Sabotaj Depan PM @NajibRazak di KLCC Semalam


Panglima : panas bila baca pendedahan Blogger tentang perkara ini sebentar tadi. Memang aku pun di sana semalam namun tidak tahu pula kisah belakang tabir yang berlaku.

Apa motif penganjur bila Menteri tidak diberi peluang bercakap program seumpama ini?

Sepatutnya ia tidak patut berlaku dan penganjur patut memberi penjelasan. Adakah Menteri patut  dimalukan seperti ini?

Semalam juga tidak ada sesi press conderence hingga wartawan kecewa menunggu sesi tersebut yang menjadi rutin biasa mana jua program PM atau Menteri.

Kesian para wartawan yang menunggu untuk mendapatkan jawapan isu semasa dari YAB Perdana Menteri dan Menteri KDN semalam.

Hampa dan kecewa  jika kita pun berada di tempat mereka!

Harap perkara ini tidak berlaku ada akan datang. 

Memalukan Menteri di hadapan Perdana Menteri - bagi Panglima - satu perbuatan yang biadap !

Di bawah tulisan Blog Jomo yang Rezqeenhill siar tentang isu program semalam. 


Woooo gila gempaklah. Cerita panas di tengah panas hari ini di KLCC semasa Dato Seri Najib Tun Razak melancarkan program Cegah Jenayah di sini.

Pelik tapi benar! Aku baru dengar ada sorang mamat cina nama Eugene Teh pengerusi United Againts Crime cuba menunjukkan beliau sebagai hero depan PM semasa program Cegah Jenayah di KLCC pagi tadi.

Program yag dirasmikan oleh Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Menteri KDN Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Idris Jala yang dikatakan penaung kepada United Againts Crime dan Menteri KBS Khairy Jamaluddin.

Aku difahamkan, DS Zahid Hamidi Menteri yang bertanggungjawab menjaga soal keselamatan dalam Negeri sepatutnya dijadualkan berucap dalam majlis tersebut tetapi last minute kena 'sailang' oleh Eugene Teh sebagai Pengerusi United Againts Crime.


Mengejutkan lagi, Perdana Menteri sendiri kelihatan agak terkejut beliau diminta terus berucap merasmikan program tersebut tanpa memberi laluan terlebih dahulu Menteri bertanggungjawab berucap... 

Apa agenda Eugene tidak membenarkan Menteri KDN berucap? Nampak semacam program ini sebagai syok sendiri, mahu jadi hero tapi tak kena tempat...

Baca seterusnya :


Blog : Jomo Malaya

Link 



Sent from my iPhone
Catat Ulasan