Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Jun 2013

Jerebu: Masjid & Surau Seluruh Negara Diseru Adakan Solat Istisqa’

SHARE THIS
TAGS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau diseluruh negara mengadakan solat Istisqa', solat khusus memohon agar ALLAH S.W.T. menurunkan hujan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, berikutan kualiti udara tidak sihat dan beberapa kawasan diisytihar darurat, solat Istisqa' diharap mengurangkan kesan jerebu.

"Setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beliau berharap masjid, surau, NGO dan individu di seluruh negara mengadakan solat Istisqa'," katanya pada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, pada Isnin.

Justeru, Jamil Khir mengajak rakyat menyertai solat Istisqa' yang diadakan di Masjid Negara pada Isnin selepas solat Zuhur.

Selain itu katanya, masjid di sekitar Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga akan mengadakan solat Istisqa'.

Tambah Jamil Khir, masjid, surau, individu juga boleh mengadakan solat hajat setelah mengadakan solat Istisqa' .

"Solat Istisqa' boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dikerjakan sama seperti solat hari raya yakni dengan tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua," ujarnya.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Jakim akan menghubungi Jakim, pejabat agama Islam negeri-negeri lain untuk memaklumkan mengenai solat Istisqa'.

- mStar

http://peraktoday.com/?p=122578



Panglima : Walau agak lambat permintaan ini dibuat namun usaha mengajak mengadakan solat hajat ini diharap dapat memudahkan usaha untuk memastikan jerebu akan beredar segera dari ruang udara negara kita akan dimakbulkan oleh Allah. 

Dalam menghadapi bencana seperti ini kita juga mesti menggunakan kaedah spiritual untuk mengatasinya sebagai antara langkah utama yang pasti boleh mendapat kejayaan bila mendapat keizinan dari Allah Taala. 

Semoga jerebu akan segera berlalu dan rakyat akan kembali dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate