Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Jun 2013

Tolong Jangan Ketawa : Zaid Ibrahim Kempen Husam Musa Jadi Presiden PAS | AIDC - (Hahahaha)

Zaid Ibrahim Kempen Husam Jadi Presiden PAS

AIDCNews – 18/06/13 – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mula berkempen supaya Datuk Husam Musa dipilih menjadi Presiden Pas menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, masa depan Pas akan lebih cerah sekiranya parti itu dipimpin oleh Husam kerana majoriti penyokong Pas sekarang terdiri daripada golongan muda yang dilihat mengemari kepimpinannya.

"Saya nampak orang-orang muda yang penyokong Pas, masa depannya (Pas) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam.

"Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara.

"Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan Pas perlu berbeza. Itu saja," kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.

Beliau sebelum ini menulis 'Saya fikir masa depan Pakatan bergantung di mana Husam Musa ditempatkan'.

Sementara itu, Datuk Nakhaie Ahmad dilaporkan Antarapos menyelar kenyataan Husam yang juga Naib Presiden Pas dengan berkata 'mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Black 505 sebagai mati syahid'

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata fatwa yang dikeluarkan Husam itu adalah songsang.

Tambah beliau, 'fatwa' yang dikeluarkan itu adalah tidak sah untuk diaplikasikan ekoran Husam seorang yang tidak berkredibiliti untuk mengeluarkan fatwa.

"Fatwa itu adalah fatwa songsang dikeluarkan oleh orang yang berpemikiran songsang dan apa yang dinyatakan itu adalah tidak sah," katanya.

Tambah Nakhaei lagi, fatwa tersebut tidak boleh diguna pakai memandangkan kedudukan Husam di dalam PAS boleh dilabelkan sebagai derhaka kepada pemimpin atasan PAS.

"Pertama sekali, Husam derhaka kepada pemimpin dia, pemimpin tidak menggalakkan penyertaan itu ataupun tidaklah mewajibkan.

"Orang yang derhaka mana boleh dianggap ataupun diangkat sebagai syahid," katanya lagi.

Kenyataan Husam ini berlawanan dengan seterunya Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang mahu ahli PAS mematuhi pendirian serta nasihat Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan 'Blackout 505′ pada Sabtu ini.

Katanya, perhimpunan anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu dianggap bukan acara rasmi parti.

Semalam, Husam mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan Harakahdaily menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyertai Himpunan Black 505 dan terkorban akan dianggap syahid.

Namun, kenyataan beliau tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak termasuk organisasi parti itu sendiri apabila Ketua Majlis Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan Husam ketika dihubungi pihak Antarapos.




Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zaid cadangkan Husam jadi Presiden PAS??? ha ha hah...sori saya tak ketawa...ha ha ha..saya tak ketawa...ha ha ha...kawan-kawan mari kita ketawa..ha ha ha..lucu benar!!

Cari Blog Ini

Translate