Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Julai 2013

BERNAMA - SPR Sahkan 45% Keluar Mengundi Pada Jam 11 Pagi #PRKKualaBesut

SPR Jangka 75 Hingga 80 Peratus Mengundi Pada PRK Kuala Besut



KUALA BESUT, 24 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut mampu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga 11 pagi, sebanyak 7,356 atau 44.49 peratus daripada 16,534 pengundi telah keluar menunaikan hak masing-masing.

Beliau berkata pemerhatian SPR sejak pusat mengundi dibuka pada 8 pagi mendapati pengundi dan penyokong kedua-dua parti cukup berdisiplin dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan.

Lapan pusat mengundi dibuka untuk PRK Kuala Besut itu dan akan ditutup pada pukul 5 petang kecuali di SK Pulau Perhentian ditutup pukul 3 petang.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot@Azlan Yusof dari PAS, dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 10 malam.

Sementara itu Wan Ahmad dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencabar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli supaya mengulangi di luar Parlimen, kenyataannya yang mengaitkan mereka dengan pembekal dakwat kekal, di Dewan Rakyat pada 16 Julai lepas.

Abdul Aziz memberi Rafizi tempoh seminggu untuk mengulangi semula kenyataan itu di luar dewan dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dengan peguam mereka selepas itu.

Beliau berkata Rafizi tidak boleh menggunakan imuniti sebagai anggota Parlimen untuk membuat tuduhan melulu sedangkan mereka tidak berpeluang menjawab tohmahan yang dibuat.

"Amat menyedihkan kerana nama kami disebut dan kami tak dapat jawab. Speaker dah minta ulang sebut kenyataan di luar dewan tetapi beliau tak sebut nama saya, nama Datuk Wan dan jawatan kami (di luar) sebaliknya hanya sebut kepimpinan SPR," katanya pada sidang media sempena hari pengundian PRK Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di sini.

Bagaimanapun tuduhan Rafizi itu telah pun mereka berdua nafikan sejurus kenyataan itu tersebar, katanya.

Rafizi ketika perbahasan pada 16 Julai itu antara lain menyebut Abdul Aziz dan Wan Ahmad sebagai individu yang mempunyai hubungan rapat atau mengenali dengan rapat kontraktor yang mendapat kontrak bagi membekalkan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=965720


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate