Pengikut Blog Panglima

08 Julai 2013

Lebih 100 naskhah akhbar pembangkang dirampas - Syabas Menteri DS @Zahid_Hamidi Atas Ketegasan Tegakkan Undang-Undang !!!

Berikut berita yang dilaporkan :

2013/07/08 - 17:24:53 PM


KUANTAN: Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. 

Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang, Azilah Madulan, berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012. 

"Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah. 


"Pemeriksaan dan rampasan dilakukan oleh tujuh anggota bermula 10 pagi tadi di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan berakhir di sebuah kedai runcit di Indera Mahkota 2 di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata kebanyakan peniaga tidak mengetahui penjualan akhbar tabloid itu kepada orang ramai adalah salah kerana tidak mempunyai permit atau kelulusan daripada KDN. 

"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada peniaga kerana memberi kerjasama yang amat baik bagi membolehkan operasi berjalan lancar, kita telah menasihatkan supaya peniaga terbabit agar tidak menjual mana-mana penerbitan seperti akhbar tabloid yang tidak mempunyai permit dan kelulusan daripada pihak KDN," katanya. - BERNAMA




Catat Ulasan