Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Ogos 2013

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Sahkan Bakal Tanding Jawatan Wanita Pemilihan 2013


SHAH ALAM – Selepas mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Puteri Umno kerana faktor usia, Datuk Rosnah Abdul Rashid hari ini mengesahkan untuk merebut salah satu jawatan dalam kepimpinan Wanita Umno pada pemilihan parti itu September ini.

Mengakui sedang mendapatkan maklum balas dan sokongan ahli terhadapnya, Rosnah bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang ingin ditandinginya itu.

“Ya, saya akan menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Wanita.

“Saya tengah melihat sokongan baik rakan-rakan, saya akan lihat perkembangannya, bagi ruang kepada saya untuk lihat perkembangannya dulu.

“Lagipun saya ada masa sampai 7 September untuk lihat semua itu, bagaimana aksesnya, saya tak mahu kelam kabut,” jelasnya pada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Rosnah masih belum memutuskan untuk bertanding merebut jawatan dalam Wanita Umno selepas mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno.

Mengakui dirinya orang baru dalam Pergerakan Wanita Umno, tentunya beliau memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

“Saya orang baru, baru sahaja nak ketuk ‘pintu' Wanita, saya perlukan masa.

“Insya-ALLAH, saya dapat melakukan persediaan sebelum tiba masanya,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate