Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 September 2013

Dahsyat ! Blog Chegubard "AL-ACAH" 7 Tahun Ke Hadapan - Patutlah Berani Hentam Menteri KDN @Zahid_Hamidi





Lihat tarikh Sunday 30 Ogos 2020.... Memang 'advance' Blog Pengerusi SAMM ini yang dalam enteri terbaru beliau mengkritik Menteri KDN DS Ahmad Zahid Hamidi (DSZH). 

Seperti tulisan beliau di sini http://chegubard.blogspot.com/2013/09/zahid-hamidi-menteri-acah-harus.html

Nampaknya isu yang sudah selesai di mahkamah melibatkan DSZH dengan pemuda yang mendakwa ditumbuk sudah selesai di luar mahkamah, cuba dibangkitkan semula.

Namun oleh kerana ketiadaan isu maka Chegubard cuba menarik perhatian ramai untuk memastikan namanya sentiasa disebut di bibir orang.

Namun sikap beliau menggelar DSZH Menteri 'Acah' adalah sikap yang tidak 'gentlement'... Ini kerana beliau sendiri juga sering mengacah mahu keluar parti namun selepas dipujuk beliau menarik balik hasratnya tersebut.

Chegubard sepatutnya menggelar dirinya pemimpin 'acah' apabila mengacah bila merasa merajuk. Selepas berjaya mendapat perhatian beliau seperti biasa akan kembali berjuang untuk parti.

Kisah 'acah' beliau disiar AIDC pada 4 Mei 2011 http://www.anwaraidc.com/?p=10870

Jadi kita tengok siapa 'acah' siapa dalam hal ini.

Menteri KDN menunaikan janji apabila mahu dedah nama kumpulan gengster dan bukan sekadar acah. Hasil dari itu semua orang sudah tahu nama-nama kumpulan gangster hasil pendedahan Ketua Polis Negara selepas itu.


Jika sekadar acah sudah tentu DSZH tidak akan kekal menjadi Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Bagan Datoh selaman LIMA penggal.

Parliament of MalaysiaBagan DatokPerak[19]
YearBarisan NasionalVotesPctOppositionVotesPct
1995Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)17,64680%Asha'ri Marsom (S46)2,81613%
1999Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)12,93858%Mohamad Dahalan Arhsad (PKR)8,32138%
2004Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)17,04975%Ayyathurai Achutharaman (PKR)4,51020%
2008Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)13,11554%Madzi Hasan (PKR)10,42343%
2013Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)17,17653%Madhi Hasan (PKR)15,06847%

Jika hanya pandai acah sudah tentu beliau tidak akan dihormati kawan dan lawan.

Jangan lupa kisah bagaimana Lim Guan Eng di'acah' hingga 'tenggelam' dalam kapal selam dan terpaksa mengaku akhirnya bahawa kapal selam yang difitnah tidak boleh menyelam akhirnya boleh menyelam.

Inilah kerja 'acah' DSZH semasa menjadi Menteri Pertahanan dan ia memberi pukulan maut ( bukan acah ye ) kepada pembankang yang selama ini hidup hasil 'tabung oksigen' isu kapal selam.

Jadi siapa yang acah siapa dalam hal ini sekarang ??? Nampak yang acah ialah Chegubard yang hanya pandai acah mahu keluar parti tetapi hingga hari ini masih menagih simpati. Sebab itu sesuai digelar AL ACAH kepada beliau.

Kalau pandai dan berketrampilan sebagai pemimpin sudah tentu beliau tidak akan kalah semasa bertanding PRU 13 lepas di Pulau Pinang. Namun kita tahu apa yang terjadi kepada beliau.

baca kisah beliau yang menghuru-harakan PR di sini : http://novandri.blogspot.com/2013/04/pru13-anwar-tanggung-malu-chegubard-pkr.html

Kesimpulannya Chegubard perlu baiki diri bukan sembrono menyerang mana-mana Menteri.. Terutama Menteri yang telah berjaya membuktikan kepimpinannya seperti Naib Presiden UMNO ini.

Hingga kini pun pemilihan UMNO menyaksikan DSZH pilihan tertinggi penggiat media sosial untuk jawatan Naib Presiden.

Anda bagaimana Chegubard ???



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate