Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 September 2013

Gambar Anak Ahmad Dhani Parah Kemalangan – Perak Today

dul

ANAK lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul, 13, ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta.

Dul yang juga anggota kumpulan Lucky Laki dan temannya mengalami patah tulang dibeberapa bahagian badan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dul dan temannya kini telah dipindahkan ke sebuah hospital di Jakarta oleh Ahmad Dhani selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Depok.

Dalam kejadian itu, kereta milik Dul dilaporkan hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.

"Dia didakwa memandu laju sehingga hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki jalan arah bertentangan dan merempuh dua buah lagi kenderaan," kata saksi kejadian.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Dhani dilaporkan baharu sahaja menghadiahkan kereta tersebut kepada anaknya bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

Persoalan mula timbul apabila Dul masih belum cukup umur untuk memohon lesen memandu dan boleh didakwa akibat kesalahan itu.

-mStar

http://peraktoday.com/?p=135286


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate