Pengikut Blog Panglima

11 September 2013

My Media Ulas Sabotaj @PDRMsia dan Cadang #OpsCantas Dalam Kerajaan Dibuat Segera !!!


Panglima :

Baca cadangan beliau yang mahu operasi pembersihan kakitangan awam dari anasir pro pembangkang !

Jika tidak banyak perkara akan gagal kerana perbuatan pentaksub kepada pembangkang samada Hadi atau Anwar ini.

Yang sudah tentu
Ops Cantas krpada penjawat awam perlu dilakukan sekarang sebelum kita akan gagal kemudiannya.

Wallahu A'lam.

Cuma nak kenal penyokong Pas atau Pkr ada tandanya...

1. Rasa diri sendiri sahaja yang betul.
2. Bodoh sombong.
3. Suka hina orang
4. Tidak bersedia ditegur
5. Tidak mahu perkara menguntungkan kerajaan dilaksanakan dengan berjaya di tempatnya seperti menghentikan bantuan semasa PRK dll
6. Memastikan orang pro pembangkang sahaja masuk tempat mereka.
7. Menjadikan orang kuat Umno mangsa kecaman dan kritikan.
8. Mengangkat pangkat puak yang sama perjuangan dan menahan puak yang sokong parti Umno dan BN
9. Melemahkan semangat pihak yang mahu meningkatkan prestasi parti Umno
10. Menghina parti Umno dalam percakapan dan tulisan,
11. Menghasut staf agar membenci pemimpin Umno yang menerajui kerajaan serta melaga-lagakan sesama mereka.

Ciri-ciri inilah yang patut dijadikan asas mengenali siapakah yang pura-pura berjuang dan siapa pula yang jujur melaksanakannya.

Zaman dahulu pengkhianat seperti ini dihukum pancung tanpa sebarang belas kasihan.

Jika dikenal pasti beberapa langkah dicadangkan :

1. TUKAR KE TEMPAT TIDAK MELIBATKAN KEMENTERIAN PENTING

2. HANTAR KE PENDALAMAN ATAU KAWASAN KUBU KUAT BN

3. HANTAR KURSUS BTN UNTUK PULIHKAN PANDANGAN MEREKA

4. BERIKAN TUGAS YANG BANYAK AGAR SIBUK KERJA DARI POLITIK PEMBANGKANG.

5. MENDOAKAN MEREKA SEGERA INSAF

6. MEMANGGIL PENCERAMAH BN MENASIHATI PENJAWAT AWAM DALAM BENTUK TIDAK RASMI

Baca artikel yang ditulis portal MyMedia ini :

TINDAKAN seorang grafik artis RTM mengubah suai logo PDRM yang dikesan semalam, perlu menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan untuk membersihkan sektor awam dari macai pembangkang atau yang sebelum ini mengaku pro BN tapi sekarang sudah cenderung ke arah dubor Anwar Ibrahim.

Penulis sendiri kenal satu dua macai jenis ini.  Perdebatan mengenai kenaikan minyak baru-baru ini, menyerlahkan hipkorasi sebenar macai berkenaan yang selama ini ditutup rapi.
Bangkai gajah nak tutup macam mana, berbau juga dia.

Apatah lagi penulis dimaklumkan memang ada petugas khas yang khusus untuk melihat perkara ini dan mengambil tindakan dimana perlu supaya para macai ini tidak terus merosakkan imej kerajaan dari dalam.
Siapa dan dimana petugas ini berada, penulis tak payah cakaplah, tapi ada.

Sebetulnya isu ini sudah lama.  Sejak ada pulak yang ghairah nak bawak pembaharuan, keterbukaan dan apa jadah yang lain dalam pentadbirannya, segala macam macai sudah masuk dalam sektor awam dan boleh menjadi bom yang bakal meletus bila-bila masa.

Jangan silap, ini bukan masalah keadilan, bertindak kejam atau takut, ini masalah macai-macai pro Anwar ini tidak professional dimana juga mereka berkhidmat, sektor swasta atau awam.  Yang teruknya awamlah, sebab ia melibatkan dasar kerajaan.

Nak sokong pembangkang ke apa, itu lantak kaulah (undi rahsia), tapi sampai sabotaj tempat kau sendiri cari makan (macam yang berlaku di RTM ini), apa ke halnya pulak?

Pembangkang memang macam itu, asal saja apa yang dia nak dapat, peduliklah etika ke profesionalisme ke apa ke, semua dia redah.  Contoh macam kakitangan Public Bank yang diperalat Rafizi untuk dapat maklumat perbankan NFC, ada sesiapa peduli pasal etika?

Jadi penulis suka nak mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan 'Ops Cantas' sama macam yang polis buat ke atas anggota kongsi gelap, tapi yang ini mengkhusus kepada kakitangan awam, dalam masa yang sama berkiblatkan dubor Anwar Ibrahim.

Kat luar ni, berlambak orang yang betul-betul nak berkerja dengan kerajaan yang boleh dipertimbangkan JPA, sementara kakitangan awam yang cenderung nak berpolitik dari bekerja, elok dibuang.

Hari ini polis, esok lusa entah siapa pulak jadi mangsa para pemuja Anwar Ibrahim ni.
Penulis dan ramai lagi pun tak reda hasil pelbagai cukai yang penulis bayar, digunakan untuk menanggung gaji dan elaun golongan biawak hidup ni.

Semua ini perlu dilakukan segera.  

Antara punca kenapa prestasi BN merosot (prestasi UMNO meningkat) dalam PRU13 yang lepas ialah kerana adanya antara kakitangan sementara SPR yang diambil dari kalangan kakitangan kerajaan sektor tertentu yang membantu pembangkang.
Baik semasa proses pengundian, apatah lagi semasa proses pengiraan.

Kita tidak mahu semua ini berulang lagi.  Sektor awam perlu dibersihkan segera dari pengaruh pembangkang kalau BN nak menang selesa dalam PRU4 nanti.

http://mymedialab.blogspot.com/2013/09/sabotaj-polis-raja-di-malaysia-grafik.html

Catat Ulasan