Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 September 2013

Taipingmali : IKRAM Tolak Halang Kalimah Allah Kepada Bukan Islam

Ada orang memberitahu bahawa IKRAM adalah Ikhwanul Muslimin   di Malaysia. Siapa boleh komen ? 

Penyokong kuat Ikhwanul muslimin di Malaysia

JANUARY 16, 2013

16 JAN ― IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut bukan Islam di negara kita.

IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain untuk menggunakan kalimah "Allah". Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-'Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa' dan ayat 78 surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah "Allah" dengan makna yang bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah, ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah "Allah" oleh selain orang Islam, pintu fitnah akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan menghalang penggunaan kalimah "Allah" tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.


Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar dihormati.

Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

* Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.



Sent from my iPhone

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, Ikhwanul Muslimin, (Muslim Brotherhood ), parti Dr. Morsi yg. telah diGULINGkan, dulunya adalah sekutu kuat si Barat, demi mendapat kuasa memerintah. Macam Anwar, adalah pengikut Ikhwan ini; sebab itu dia amat pro-Barat. Tetapi apabila Morsi sudah berkuasa dan makin kuat menghentam Israel dan berbaik pula dengan Iran, dia pun digulingkan oleh dalang-dalang Barat-Israel. Jadi usah kita nak percaya sama si Ikhwan ini - yg. sering menjadi DALANG DUA MUKA, demi mendpt. kuasa memerintah!

Dunia Islam/Dunia Ketiga JANGAN tunduk lagi kpd. ancaman loyar-loyar/NGO-NGO SAMPAH DAPSYAITAN/PKR (dan sekutu mereka dr. PAP-Barat-Israel) dgn undang-undang berasaskan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si KAPIAQ Barat-Zionis (kononnya "universal human rights" - PENIPU betul), salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya dan seluruh Dunia Ketiga!

Dan JAKIM/JAWI mesti berusaha lebih keras utk. menggagalkan projek DAJAL si Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR dan sekutu mereka, utk. “MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan” Bumiputera miskin Sabah-Sarawak dan Orang Asli. Puak Kristian Zionis sebenarnya disyaki pengikut SATANISME, yg. berkaitan rapat dgn. Zionisme (lihat simbol Zionisme – hampir sama dgn. simbol Satanisme jika diteliti betul.betul) – di mana puak Satanisme /Freemason adalah disyaki DALANG utama di belakang rejim Barat-Israel, EU/NATO, ICC dan UN, yg. begitu bencikan Islam, sentiasa dahagakan DARAH kaum Islam, serta asyik merompak kekayaan Dunia Islam terutamanya limpahan minyak-gas oleh Allah SWT. Kerana Satanisme juga berkaitan rapat dgn. Materialisme dan Darwinisme – di mana akhlak manusia menjadi spt. binatang buas, dan sentiasa tamak dan bongkak dgn. amat rakus [lihat di http://www.youtube.com/watch?v=h4yXIpsliYY, Pemujaan Syaitan (Evil Rituals), oleh www.harunyahya.com]

Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAPSYAITAN/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Tanpa Nama berkata...

Kita wajib menghalang dan mencegah sama sekali penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang sebenarnya ingin mengelirukan umat Islam dan memurtadkan ummah. Mereka penuh muslihat

Tanpa Nama berkata...

Salah satu cara mencegah akidah dipesongkan adlah menghalang kafirun menggunakan nama ALLAH SWT.. adakah IKRAM sudah terpesong dan mengikut Indonesia juga..

Siti Saleha

Tanpa Nama berkata...

sy tinggal da sarawak, kat sini mmg penggunaan kalimah allah tu mmg dah d benarkan.

jadi camne? org dah gune lame dah name allah kat sarawak ni...kalo x benarkan pon mmg dah d gunakan. bleh buat ape ye?

mulut org susah nk control.

Panglima Perang Cyber berkata...

Sarawak dan Sabah berbeza situasinya

Cari Blog Ini

Translate