Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 September 2013

UMNO Online - @Zahid_Hamidi Tempelak Pihak Dakwa Beliau Mungkin Bertanding Timbalan Presiden UMNO

Zahid Tempelak Pihak Dakwa Beliau Mungkin Bertanding Timbalan Presiden UMNO

BAGAN DATOH, 7 Sept – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menemplak pihak yang mendakwa beliau mungkin bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Oktober ini.

"Orang (yang membuat dakwaan) itu gila," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Skuad 1Malaysia Negeri Perak bersama Menteri di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan dalam portal berita, Free Malaysia Today (FMT) bahawa desas-desus Ahmad Zahid bakal bertanding jawatan timbalan presiden telah mula tersebar di bandar-bandar di Sabah.

Menurut laporan itu, kumpulan tertentu dalam Umno Sabah mendakwa Ahmad Zahid mungkin mencabar Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu dalam perhimpunan agung Umno pada Oktober.

Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan beliau telah beberapa kali menyatakan hanya akan mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan parti kali ini.

"Saya kata dah banyak kali saya hanya mempertahankan (jawatan) naib presiden Umno. Bezakanlah naib presiden dengan timbalan presiden," katanya.-MediaUMNO

http://www.umno-online.my/?p=91624&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

Panglima harap jangan ada yang cuba menimbulkan keributan untuk melagakan antara pemimpin.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate