Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 September 2013

Video @Malaysiakini Siar Hishamuddin Rais Hasut Tukar Bendera Malaysia Ini Sangat Biadap ! Cc @PDRMsia @Zahid_Hamidi

Sila tonton

https://www.youtube.com/watch?v=hUPEnpn_QMU&feature=youtube_gdata_player

Siapa yang tidak mengenali Hishamuddin Rais perlu tahu siapakah beliau.

Semasa Anwar dipecat beliau dan Raja Petra adalah insan yang menggerakkan laman Mahafiraun dan Mahazalim2020 hasut rakyat turun jalan raya melalui internet.

Namun kini internet juga berjaya menghalang mereka walau tidak sepenuhnya.

Beliau juga dikaitkan dengan gerakan pejuang kiri, Free Thinker, gaya hidup bebas dan komunis.

Semuanya boleh anda lihat dan cari dalam Google.

Soalnya kenapa beliau mahu mempertikaikan bendera Malaysia sekarang?

Kenapa dan kenapa?

Adakah isu ini baru disedari atau hanya dibangkitkan untuk misi 'cetus api' selepas tempoh bertenang melalui jalan demokrasi gagal?

Menghina bendera adalah cara paling berkesan untuk semarakkan kemarahan rakyat dengan cepat.

Maka pihak pro dan anti bendera Malaysia akan bertembung di alam maya dan tidak mustahil merebak ke jalan raya.

Di saat minyak yang dikurangkan subsidinya menjadi bahan bakar emosi rakyat sudah tentu kombinasi dua perkara ini akan menjadi ramuan cukup berkesan untuk 'letupkan' keamanan Malaysia.

Dengan menggunakan soal pertemuan antara Najib dan Jusof Kalla, mantan TPM Anwar juga gagal memecahkan UMNO melalui kehebatan putar belitnya.

Kes Altantunya juga gagal 'menembusi' imej YAB Perdana Menteri.

Selepas kalimah Allah kini bendera pula cuba menjadi subjek menghasut rakyat.

Cubaan ini tidak wajar dan patut dikecam seluruh rakyat tanpa mengira bangsa atau agama mereka.

Kita menunggu apa jawapan pemimpin Pakatan tentang tindakan rakan mereka ini!

Mari kita bersama mengecam cubaan menghina bendera kita dengan menulis di alam siber untuk menyedarkan para pembaca bahaya di sebaliknya..

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate