Pengikut Blog Panglima

14 Oktober 2013

LIVE : MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN KRISTIAN #KALIMAHALLAH


Sebentar Presiden Majlis Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainurrijal mengulang keputusan hakim di luar mahkamah yang telah menolak permohonan Kristian untuk menggunakan kalimah Allah.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sedang menyampaikan ucapan sebelum keputusan disampaikan


Mereka ada 14 hari untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan menurut Peguam Khairul Azam yang ditemui.


Bacaan doa memohon Allah mengabulkan agar kalimahNya tidak akan diguna agama lain



RTM turut membuat lintas langsung dan menemu bual Datuk Ibrahim Ali.

Kira-Kira 900 orang umat Islam dari berbagai NGO termasuk 10 buah bas dari Pulau Pinang telah hadir.

Sepanduk dibawa penyokong dari berbagai NGO yang bersemangat mengikuti keputusan mahkamah pagi tadi.

Wartawan turut memenuhi perkarangan mahkamah membuat liputan 

UST Nasharudin Mat Isa mantan Timbalan Presiden PAS,  DR YUSRI MANTAN Presiden Abim, Ustaz Ismail Mina Presiden Muafakat, Cikgu Zainon bekas pemimpin PAS yang aktif dedah isu Memali yang hadir.

Ustaz Ismail Mina bersama Saudara Helme Hanafi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya


Calon Ketua Pemuda UMNO Saudara Akramsyah juga turut hadir.




Mahasiswa UM turut hadir ditemuramah portal MyMahasiswa.com



Petanda rahmat Allah apabila hujan turun sebaik sahaja doa habis dibacakan



berita Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 14 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131014/ma_02/Guna-kalimah-Allah-bukan-aspek-penting-Kristian---Hakim#ixzz2hfx1Rktd
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Catat Ulasan