Pengikut Blog Panglima

13 Oktober 2013

@TonyPua Dibidas Gelar ROS Anjing !


Tindakan Tony Pua terus dibidas



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua terus dibidas atas tindakan berbaur perkaumannya yang menggelarkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bekas Pengarah Perhubungan Pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, tindakan Tony ditujukan kepada kedua-dua pihak yang digerakkan majoritinya orang Melayu itu dilihat untuk meningkatkan reputasi beliau pada mata orang Cina.

"Kebiadapan Tony ini sebagai satu lonjakan politik terhadapnya. Perkara ini dilihat selaras dengan kecenderungan Dinasti Lim dalam DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mengangkat karier politik Tony.

"Saya menyokong kuat segala tindakan ROS terhadap DAP kerana percaya badan tersebut prihatin terhadap aduan ahli parti itu sendiri. Sepatutnya Tony menyasarkan tohmahannya kepada Guan Eng kerana pengurusan beliau menjadi penyebab kepada semua kontroversi DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tony dalam laman Facebooknya baru-baru ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember lalu.

Abdul Aziz dalam pada itu menyeru orang Melayu terutama dalam kalangan penyokong pembangkang agar tidak dicucuk hidung dengan merestui segala tindakan DAP meskipun secara terang-terangan mencabar kesabaran mereka.

Jelas beliau, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas perlu mengelak daripada memberikan kebebasan yang melampau kepada individu seperti Tony untuk terus menaburkan politik kebencian di negara ini.

"Jangan biar kesilapan tersebut memakan diri PKR dan Pas, semata-mata kerana DAP adalah rakan satu pakatan pembangkang," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131013/po_01/Tindakan-Tony-Pua-terus-dibidas#ixzz2havVjD54
© Utusan Melayu (M) Bhd
Catat Ulasan