Pengikut Blog Panglima

03 Oktober 2013

RANG UNDANG2 PENCEGAHAN JENAYAH PCA DILULUS SEMALAM - TAHNIAH DS @ZAHID_HAMIDI

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan Dan Pemerluasan) 2013 Diluluskan

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam ini.

Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majority daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan tepat 12 tengah malam untuk membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama, mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).

Rang undang-undang itu dibahaskan sejak semalam selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentangkannya untuk bacaan kali kedua.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid pada Rabu lepas.

PANGLIMA :

MALANGNYA ADA MENTERI TAK KISAH PUN PENGUNDIAN SEMALAM DAN UTAMA KEMPEN PEMILIHAN UMNO.

JIKA PM DAN TPM BOLEH HADIR KENAPA MENTERI BOLEH PONTENG?
PERKARA INI TIDAK PATUT BERLAKU DAN MEMANG PATUT DITENDANG DARI SENARAI UNDIAN PERWAKILAN.

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI BUKAN SIKAP PEMIMPIN YANG BAIK.

Catat Ulasan