Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 November 2013

Analisa : BN kembali raih undi Cina ?

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau benar-benar
mengejutkan semua pihak, lantaran perubahan mendadak sikap pengundi
Cina yang mula bertukar angin. Menurut perangkaan yang diperoleh dari
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), DUN Sungai Limau mempunyai seramai
1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi
keseluruhan.

Malah melalui pemerhatian awal, majoriti pengundi Cina memperlihatkan
reaksi tidak menyokong mana-mana pihak yang bertanding. Rata-rata
mereka memberi reaksi neutral tidak seperti pengundi dan penyokong
Melayu. Selain daripada itu juga, rata-rata pengundi Cina yang datang
mengundi dilihat hadir dengan tidak membawa bendera parti atau memakai
pakaian parti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata
PRK pada kali adalah merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap
perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN. Beliau turut mengatakan
keputusan pada kali ini boleh menjadi penanda aras mengenai kesediaan
masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.

Kerusi DUN Sungai Limau, disahkan kosong berikutan kematian Azizan
pada 26 September yang lalu. bekas pensyarah Universiti Pendidikan
Sultan Idris , Dr Ahmad Sohaimi dipilih untuk mewakili BN dalam
pertandingan satu lawan satu menentang calon Pas, Mohd Azam Abdul
Samat, 37, pengarah rangkaian pusat pendidikan awal kelolaan parti
itu, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kedah.

Menurut penganalisis politik, pengundi Cina jelas menunjukkan
perubahan sikap yang ketara apabila rata-rata di kalangan mula
menunjukkan sikap yang positif dengan peratusan kehadiran di
program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen. Tidak cukup dengan
itu, kehadiran jentera Wanita Umno yang berkunjung di premis
perniagaan dan kediaman mereka juga menunjukkan sambutan yang
menggalakkan.

Paling mengejutkan ialah, hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja
masyarakat Cina yang hadir ketika program Anwar Ibrahim di kawasan
penempatan masyarakat itu di pekan Sungai Limau. Sedangkan umum
mengetahui betapa mereka sebelum ini begitu taksub dengan Anwar yang
dirasakan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno dalam pilihan raya umum
yang lalu.

Malah sekiranya dilihat daripada keputusan undi yang diterima jelas
membuktikan penolakan kaum Cina yang mula sedar akan penipuan yang
dilakukan oleh Anwar. Sebagai contoh ketika PRU yang lalu dianggarkan
hampir 90 peratus pengundi Cina telah keluar mengundi dan memberikan
sokongan kepada calon pakatan pembangkang.

Berbanding 51.05 peratus sahaja yang keluar untuk mengundi dari jumlah
keseluruhan 1,850 pemilih. Dari jumlah tersebut seramai 771 pemilih
dari masyarakat Cina tidak hadir menunaikan tanggungjawab mereka.
Menurut bacaan sikap yang dijalankan hampir 300 responden yang ditemui
memilih untuk tidak mengundi pembangkang, manakala yang selebihnya
adalah merupakan pengundi luar yang tidak mahu pulang untuk mengundi.

Kesimpulannya, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan berhubung
pembohongan Anwar sebelum ini telah menyebabkan masyarakat Cina
mengambil keputusan untuk menolak calon dari pakatan pembangkang. Apa
yang di harapkan semoga momentum sokongan akan berjaya dikekalkan
sehingga PRU-14 kelak


Kiriman email

Sent from my iPhone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politik ugut,rasuah pengundi tak d terima oleh rakyat msia pengundi cina tak sampai 10% dari 27k pengundi. Tu pun yg keluar hanya 50% selebihnya pengundi yg berada d luar yg buat keputusan x mengundi mereka ini pengundi muda cina yg masih setia dgn pr satu kesilapan kalau prk sg limau d ambil sebagai sikap pengundi kesuluruhan pengundi cina d msia..ucapan mb kedah slps pru dlm menyatakan sikapnya kpd yg x menyokong bn dlm pru yg lalu masih dlm ingatan org muda cina begitu juga pandangan jijik bloger umno kpd pengundi cina akan d terjemahkan oleh mereka dlm pru ke 14...ayuh rakyat msia yg bangsa mu cina nyahkan parti perkauman umno dlm pru 14 nnti

Tanpa Nama berkata...

Kpd tanpa nama...anda pun jenis manusia yg jijik. Taksub tak tentu pasal, bodoh tak bertempat, rakus tak ada had. Salah silap pemimpin Umno pun, perjuangan dasar Umno adalah untuk Melayu Bumiputera Islam yg bersederhana. Bukan untuk yg taksub d boleh dicucuk hidung umpama lembu pawah mcm kau. Tuduh org lain tp pas sendiri dah segan dan malu2 alah nak tegakkan negara Islam dgn dap. Manifesto pun dah berubah. Xnak sokong Umno sudahlah, tak perlu le nak melabelkan org kafir d taghut dsbnya. Memang diajar mcm tu dari taska pasti lg lah tu. Mcm ni mengaku Islam? Tuduh org rasis, tp dap paling rasis.

Cari Blog Ini

Translate