Pengikut Blog Panglima

02 November 2013

Angkara DAP ahli PAS bergaduh sesama sendiri di # PRKSgLimau

Berikut Info terkini yang diterima :

Prk Sg Limau - lokasi Kg Pulau Emas Sungai Daun. Jentera pas kedah dilaporkan bergaduh dengan jentera pas luar. Maklumat diperolehi ketua pemuda pas cawangan di kampung Pulau Emas dimarah dan dicerca oleh jentera Pas luar dalam isu kempen tolak DAP.

PAS sama PAS kini di Sg Limau bergaduh akibat jentera pas dari luar yang cuba mengawal anak tempatan.

Kejadian tersebut juga menyebabkan jentera Pas dari luar telah mengarahkan jentera Pas Kedah mengutip semula risalah yang diedarkan oleh Pas sendiri berkaitan dengan DAP.

Untuk makluman rata rata ahli Pas di Sg limau menolak DAP.

Catat Ulasan