Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2013

@Anwaribrahim perlu berundur fitnah BN beli undi 40 ribu warga asing #PRU13

Panglima membaca banyak kenyataan yang telah dikeluarkan berkenaan isu undi 40 ribu warga asing pada PRU yang lalu.

Meskipun sudah banyak fitnah yang dilontarkan kepada Kerajaan BN oleh pembangkang selama ini dan dibuktikan bersalah di Mahkamah namun tuduhan ini sangat serius kerana ia berkait rapat dengan keputusan PRU yang dikendalikan oleh SPR.

Kerana itu apabila Pakatan cuba menafikan perkara ini nampak jelas mereka sudah terperangkap dengan fitnah ciptaan mereka sendiri yang diterbitkan oleh media massa dan media sosial Pro mereka.

Jawapan mudah pada masa sekarang ialah Anwar perlu meletakkan jawatan atas fitnah maha dahsyat yang dikeluarkan oleh pembangkang demi meracun minda rakyat.

Kesalahan besar ini sangat sukar dimaafkan kerana ia juga mencalit nama baik SPR yang selama ini bertindak adil di dalam menjalankan proses pilihanraya sehingga jelas kemenangan ditentukan oleh undi rakyat bukan tekanan mana mana pihak.

Baca juga berita Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyaman Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang bermula perbicaraannya semalam yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Kepada penyokong Pakatan sila fikirkan kembali adakah sokongan anda berdasarkan fakta atau fitnah semata-mata.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate