Pengikut Blog Panglima

21 November 2013

AUDIT - Tujuh kakitangan awam bakal dikenakan hukuman berat - KSN @AliHamsa55


PUTRAJAYA 21 Nov. - Sebanyak tujuh penjawat awam bakal dikenakan tindakan tegas selepas didapati terlibat kes salah laku dan kecuaian dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen bulan lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kesemua pegawai tersebut dalam proses diambil tindakan tatatertib dan jika didapati bertanggungjawab terhadap salah laku itu tindakan sivil atau jenayah boleh diambil.

"Kita telah menyiasat sebanyak 24 kes sehingga 30 Oktober lalu dan sebanyak 30 pegawai telah diberi surat tunjuk sebab bagi mendapatkan penjelasan ke atas penglibatan mereka dalam semua kes tersebut.

"Sebanyak tujuh pegawai dalam proses diambil tindakan tatatertib dan sembilan orang didapati tidak terlibat," katanya dalam sidang akhbar berhubung dengan tindakan susulan laporan Ketua Audit Negara di sini hari ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131121/dn_27/Tujuh-kakitangan-awam-bakal-dikenakan-hukuman-berat#ixzz2lGLJ2cQb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Catat Ulasan