Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 November 2013

Berita Harian | MyKad palsu: Dua pengawal keselamatan warga Filipina dipenjara sebulan - Tahniah KDN @Zahid_Hamidi @imigresenmy


Panglima ucapkan tahniah atas tindakan tegas ini. Kita tahu sebelum ini sudah 50 orang yang ditahan dan didakwa atas kesalahan seperti ini.

Namun selepas kejadian pegawai bank Ambank ditembak baru-baru ini kita dapati penguatkuasaan semakin dipertingkatkan.

Semoga ia dapat dibersihkan sehingga hanya yang sah dokumen sahaja akan diambil bekerja.

Tindakan patut dikenakan terhadap majikan yang menggaji mereka ini kerana ia berpunca dari sikap tidak acuh mereka tentang soal keselamatan menjadi punca kejadian tembakan ini berlaku.

2013/11/01 - 18:26:22 PM
 
PETALING JAYA: Dua pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dikenakan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu.

Mereka didakwa di dua mahkamah berlainan.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh Totoh Sabatal, 40, dan Yusri Sabiron, 41, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkan mereka dihantar ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Totoh selepas dia mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Abdulzan Ludjuman, 43, sebagai dokumen pengenalan dirinya.

Totoh didakwa melakukan kesalahan itu di Bayan Villa, Guard House 2, Seri Kembangan, jam 1.15 pagi tadi dan didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Majistret K.B.Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman terhadap Yusri selepas dia turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan sama dengan menggunakan MyKad atas nama Norazman Abdillah, 43, sebagai pengenalan dirinya di tempat dan waktu sama.

Kedua-dua kes itu dikendalikan pegawai pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zubaidah Zahol Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 28 Oktober lalu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPN akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.

Langkah itu diambil susulan kejadian seorang pengawal keselamatan, dipercayai warga asing, menembak mati seorang pegawai wanita dalam insiden rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya, 23 Oktober lepas.

Suspek berkenaan dipercayai menggunakan MyKad palsu untuk mendapatkan pekerjaan itu. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MyKadpalsu_DuapengawalkeselamatanwargaFilipinadipenjarasebulan/Article/?bh

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate