Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 November 2013

Muktamar 2013 - Ahli Pas Luah Kemarahan Parti Dilayan Seperti 'Anjing' oleh DAP



Ahli Pas mengaku Pas Hanya 'BARUA' DAP

 

Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.

 

Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.

 

Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan 'mati kutu' dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan 'tahluf siaysi' parti itu dengan DAP.

 

Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

 

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya," katanya.

 

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

 

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

 

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

 

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

 

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

 

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

 

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

 

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

 

Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu masih cubamempertahankan hubungan parti itu dengan DAP danPKR.

 

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sinibeliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.


"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. KalauPas berjuang secara sendiriansudah tentunya jajahankita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan)sehingga Kemaman (Terengganu).


"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehinggake Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johorkita dapat tawannadi Umno akan tamat di Malaysia,"katanya.

 

Kesimpulannya, Pas tidak ubah seperti resam anjing yangsentiasa menurut perintah tuannyaini kerana itulahanalogy mudah yang boleh diberikan apabila kitamembicarakan hubungan haram dua parti pembangkangtersebut.

 

Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang jugabekas Ahli Parlimen Pas Sik, Kedah sebelum ini turutmengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantuiPas. Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpinPR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk padakehendak DAP.

 

Menurut Shahnon, "apa yang dilakukan oleh Passekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP danpendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendakIslam kerana PAS sepatutnya memimpin dalammemperjuang Islam".

 

Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbuktikebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan statusparti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP samasahaja macam anjing peliharaan layaknyaterpaksadipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahajaperintah si tuan.


Kiriman Email

Sent from my iPhone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS baru sedar ka yang dia memang barua kepada DAP. Semua orang Melayu Islam di Malaysia kecuali ahli dan penyokong PAS saja yang tak mahu mengaku...atau buat buat tak dengar.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ye betul

Tanpa Nama berkata...

Hehe geli geleman plk baca cai umno dok bela. Pas

Tanpa Nama berkata...

Yg tak dpt jawatan / habuan bisingla, klu dpt jawatan / habuan, senyapla.

Cari Blog Ini

Translate