Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 November 2013

Respon Menteri KDN @Zahid_Hamidi Isu Hilang Lebih Setengah Juta IC @PDRMsia @KDNPutrajaya


Berikut respon Menteri Dalam Negeri berkenaan isu kehilangan kad pengenalan sangat besar jumlahnya.

Dalam hal ini adalah wajar JPN membuat siasatan samada kehilangan disebabkan kecuaian atau untuk tujuan pemalsuan.



Sudah tentu tidak ada sesiapa mahu kehilangan IC namun jika berlaku buat kali pertama sepatutnya tidak ada bayaran perlu dikenakan.

Jika ia berulang lagi kali kedua maka barulah dikenakan denda sebagai satu pengajaran. Seperti yang dijelaskan oleh YB Menteri adalah tepat dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Justeru kenyataan Menteri ysangat kena dengan situasi rakyat hari ini dan bertimbang rasa terhadap kedudukan kewangan mereka.

Kenyataan beliau sepenuhnya seperti disiarkan oleh Berita Harian di bawah

IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

Ng gv"Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

"Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baru," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket.

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan, tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang.

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman), tetapi ini adalah kes terpencil," katanya.

Beliau berkata situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan.

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya.

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Oktober lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/KDNakanpindaAktaFibagidendalebihtinggijikaMyKadhilang/Article/


Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitu juga kepada mereka yang beg duitnya dirompak atau diseluk saku DAN TELAH MELAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS, kepada mereka ini jangan la pula dikenakan denda yang tinggi. Melainkan kehilangan IC kerana cuai, itu memang patut dikenakan denda yang munasabah.

Cari Blog Ini

Translate