Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Disember 2013

Blog ISLAM vs WAHABI & SYIAH - TEGUR PRESIDEN PAS BAB AKIDAH BELIAU MIRIP YAHUDI & NASRANI


Rupanya pertingkat Presiden PAS pun ada masalah juga. Adakah ini punca umat berpecah kerana parti Islamnya punah? 

Dari Haji Hadi ke Nik Aziz ke Mat Sabu atau Husam Musa  nampak banyak masalah timbul dan semakin terdedah dari semasa ke semasa.

Adalah benar ini Parti Islam ???

Think again...




RINGKASAN TEGURAN ILMIAH BUAT PRESIDEN PAS 
(Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Bin Awang TGHA) 

ISU: DAKWAAN ALLAH BEREHAT HARI SABTU / BERSEMAYAM 

Oleh: Ustaz Abu Syafiq al-Asy'ariy (www.facebook.com/AbuSyafiq1 ) 

Al Hamdulillah, Tuhan sekalian alam yang mencipta langit, Arasy, tempat dan tidak memerlukan kepada semuanya, Selawat dan salam ke atas ahli keluarga baginda para sahabat dan pengikutnya. 

Pada permulaan risalah ringkas saya ini, saya ingin memohon kemaafan sekirannya risalah ini menggangu perjuangan Dato Seri TGHA cuba memartabatkan Islam dan ulama sebagai jihad utama dalam kehidupan TGHA dan angkatannya. 

Namun disana terdapat beberapa perkara yang telah TGHA paparkan pada umum berkaitan akidah kelihatan jelas amat bercanggah dengan fahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah bahkan bercanggah dengan ulama-ulama Islam yang benar-benar mahu memartabatkan Islam perlu diperbetulkan. Saya secara jujur dalam hati kecil ini menyatakan ia bukan dari tulisan TGHA tetapi bagi saya ia seolah tulisan orang lain lalu diminta izin untuk disiarkan menggunakan nama TGHA tanpa diperhatikan/disemak semula oleh TGHA sendiri namun hakikatnya hanya Allah yang mengetahui. 

Oleh kerana tulisan itu menggunakan nama Dato Seri TGHA maka saya menyatakan sedemikian; 

1- Dalam Tabloid/Surat Khabar HARAKAH Keluaran 9-12 Disember 2013 bil. 1901 Edisi Isnin hlmn. F9 dan Harakah bil 1900 edisi Jumaat (jawi) pada kata Tafsir TGHA Surah al-A'araf ayat 54 (Bahagian 2) ada menyebut beberapa perkara antaranya; -

"TGHA mendakwa Allah BEREHAT pada hari Sabtu dalam penciptaanNya". 

Sanggahan saya (Abu Syafiq) al-Faqir ila Robbihi berkaitan ini:

Allah berfirman dalam surah Qaf ayat 38 (maksud): 
"Dan Kami (Allah) telah menciptakan langit-langit dan bumi dan antara keduanya dalam masa enam hari dan sama sekali kami (Allah) tidak mengalami keletihan/susah payah". 

Dalam kebanyakan kitab-kitab Tafsir Muktabar menyebutkan bahawa ayat ini (Qaf 38) diturunkan apabila Yahudi dan Kristian mereka datang kepada Nabi Muhammad untuk mereka menyatakan bahawa Tuhan mencipta alam ini selesai penciptaanNya itu pada hari Jumaat maka hari Sabtu adalah hari Allah BEREHAT, lalu turun ayat tersebut menyanggah dan menolak serta mendustai kenyataan "Allah BEREHAT" yang terbit daripada Yahudi dan Nasara. 
(Rujuk kitab2 Tafsir Muktabar termasuk Jami'ul Bayan oleh Imam al-Tobariy Ulama Salaf juzuk 22 hlmn 376).

Kenyataan "ALLAH BEREHAT" merupakan akidah Yahudi dan Kristian BUKAN akidah Islam. Tidak wujud dikalangan ulama Islam Muktabar al-Salaf (hidup sebelum 300H) mahupun al-Khalaf (hidup selepas 300H) menyatakan sedemikian. 
Maha Suci Allah daripada apa yang disifatkan oleh orang-orang kafir itu. 

Ahli Sunnah Wal Jama'ah jelas tidak pernah menyandarkan sifat BEREHAT ini kepada Allah yang Maha Esa kerana ia tidak disebut dalam mana-mana ayat al-Quran dan al-Hadith yang sahih serta ia jelas membawa makna letih atau sifat makhluk yang memerlukan kepada yang lain seperti kerehatan daripada kepenatan sedangkan Allah Dia Pencipta tidak serupa dengan mana-mana makhlukNya seperti firmanNya dlm surah Asy-Shura ayat 11.

Maka kenyataan ALLAH BEREHAT PADA HARI SABTU merupakan fahaman yang sangat songsang yang perlu betulkan sementara hayat dikandung badan (taubat).


 2- Dalam tulisan yang sama (HARAKAH bil. 1901) Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang "TGHA ada mendakwa BERSEMAYAM itu adalah Sifat bagi Allah". 

Sanggahan: Bersemayam dalam bahasa Melayu yang diketahui umum dan juga dalam Kamus b. Melayu adalah bererti duduk/mengambil tempat. Ini adalah mustahil bagi Allah kerana sifat duduk atau mengambil tempat bagi Allah itu adalah sifat makhluk dan ia sifat yang lemah. 

Imam At-Tohawi ketiaka menukilkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah menyebut : "Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia kafir terkeluar dari Islam". 

Mungkin TGHA tidak memahami erti BERSEMAYAM itu sebagai bermakna duduk atau mengambil tempat bagi Allah tetapi syubhah begini amat bahaya ke atas umat Islam. Ulama al-Salaf sendiri sebahagian mereka mentakwilkan Istawanya Allah itu kepada makna yang layak bagi Allah. Bahkan Ibnu Kathir yg TGHA nukilkan kenyataannya, dia sendiri menyebutkan bahawa Istawa bagi Allah itu "bukanlah atas zahirnya". Dan jika lihat zahir dariapa perkataa Istawa itu adalah duduk/bertempat yang dinafikan sendiri oleh Ibnu Kathir dan juga seluruh ulama-ulama Islam. 

TGHA sepatutnya tidak terpengaruh dengan terjemahan-terjemah yang salah dari beberapa buah buku yang tidak daqiq dalam ilmu Tafsir dan Aqidah kerana TGHA sendiri boleh rujuk kepada kitab2 Tafsir Muktabar yang jelas tiada satupun menyebut Istawa Allah itu bersemayam ataupun sifat duduk. 
Imam al-Baihaqi dalam al-Asma Wa al-Sifat menyebutkan bahawa ulama al-Salaf antara mereka mentafsirkan ayat Istawa bagi Allah itu dengan mentilawahkannya sahaja iaitu hanya disebut ISTAWA tanpa meletakkan ta'yin makna tertentu. 

Sekirannya seseorang itu mahu mentafsirkannya dengan memberi penerangan makna seluruh ayat tersebut yang bersangkutan dengan Istawa Allah maka adalah lebih baik ditafsirkan dengan QAHARO iaitu Menguasai kerana sifat menguasai/qaharo/istaula (menguasai 'min ghair sabqu mughalabah' tanpa perebutan) itu sifat yang Allah sendiri sebutkan dalam banyak ayat-ayat lain dalam al-Quran seperti mana tafsiran Istawa Allah itu ditafsirkan dengan Menguasainya Allah, tafsiran begini dinyatakan oleh Imam-Imam Muktabar dalam ilmu Tafsir al-Quran & Aqidah dikalangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah seperti;

- Imam Ibnu al-Mubarak (w237H) dalam Qaribul Quran Wa Tafsiruhu m/s 243, 
- Imam At-Tobariy (w310H) dalam Jami'ul Bayan juzu 3 m/s 13), 
- Imam Abu Mansur al-Maturidiy (w333H) dalam ta'wilat Ahli Sunnah jilid 1 m/s 411, 
- Imam al-Mawardiy (w450H) dalam Nukat wal 'Uyun juzuk 2 m/s 382, 
- Imam Ibnu 'Athiyyah (w541H) dalam tafsirnya m/s 70, 

Dan ramai lagi dikalangan ulama Tafsir Ahli Sunnah Wal Jama'ah termsuk yang memperjuangan konsep al-Salaf seperti Imam al-Baihaqi, Imam all-Qurtubiy, Imam An-Nasafi juga Imam al-Ghazaliy dan ribuan ulama lagi yang mentafsirkan Istawa Allah itu adalah Menguasai iaitu Allah Menguasai keatas 'Arasy dan juga hamba-hambanya. 

3- Maka diakhir tulisan ringkas ini saya mengharap agar Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Bin Awang menarik balik kenyataan beliau bahawa Allah itu BEREHAT walaupun beliau menyatakan Berehatnya Allah itu tidak serupa dengan makhluk dan bukan bererti letih namun oleh kerena ia adalah kenyataan bersumberkan Yahudi dan Kristian BUKAN akidah Islam serta kenyataan begitu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Hadith yang sahih juga tidak pernah disebut oleh mana-mana ulama al-Salaf atau al-Khalaf yang muktabar maka ia jelas kesalahan yang besar bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah. 

Begitu juga berkaitan BERSEMAYAM itu sepatutnya TGHA tidak merujuk atau bersandarkan kepada buku-buku tidak muktabar kerana disana terdapat ratusan kenyataan ulama Tafsir Ahli Sunnah Wal jam'ah yang muktabar menafsirkan Istawa Allah itu dengan makna Menguasai dan BUKAN duduk/bersemayam/bertempat. 

Kembalilah kita berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah al-Asya'irah al-Maturidiyyah mengikut kaedah al-Salaf yang Sahih dan al-Khalaf yang detail. 

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT. 

Say No To Wahhabi&Syiah! Say Yes To Ahli Sunnah! 

- Abu Syafiq 019 3801979

Sumber



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate