KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta. Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.Kenyataan media Pejabat Sultan Perak - Daulat Tuanku !!!
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
05 Februari 2009
Kenyataan media Pejabat Sultan Perak - Daulat Tuanku !!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Sekadar berpesan-pesan. Doa bagi mengelakkan terkena fitnah.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong
tq saudara....
Taknak letak jawatan pulak orang tua ni. macam mintak sedekah aku tengok.
Orang Melayu nie, kalu perangai buruk memang cepat diturutinya. Apa yang Nizar buat menderhakai perintah Sultan adalah sama seperti apa yang Idris Jusoh dan Shahidan Kassim buat di Terengganu dan Perlis dulu. Mungkin Nizar yang digelar boneka itu ingat kalau Idris dan Shahidan yang bukan boneka pun boleh buat, mengapa aku yang boneka tak boleh buat? Itulah perangai Melayu, cepat sangat meniru perangai buruk. Itulah PR, cepat sangat meniru perangai buruk BN. Seperti kata pepatah: Bila guru (BN)kencing berlari, anak murid (PR) kencing berdiri.
Jadi seperti yang saya ulang banyak kali, antara BN dan PR nie sama saja: 2x5, 5x2, 2x5, 5x2, 2x5, 5x2. Sekarang dalam hal menderhaka Raja nie BN dah dapat 2 mata (di Terengganu & Perlis), PR dapat 1 mata (di Perak). Jom kita tengok lepas nie parti busuk 52 tahun (BN) ke menang, parti busuk 10 bulan (PR) ke menang.
2x5, 5x2, 2x5, 5x2. Menyampah aku dengan kedua-duanya!!!
Salam tok panglima,
Saya tak berapa kenal Zambery bakal MB Perak tu. Maaf nak tanya, dia tu ahli MIC kawasan mana? Dalam PRU-12 dulu ramai calon MIC kalah, nasib baik pula dia menang. Bagus juga Perak dapat orang MIC jadi MB, mungkin banyak perubahan boleh dibuatnya. Bagi kosa kat Melayu UMNO dan PAS pun hampeh, tak leh buat apa, kita bagi kat India pula.
Cuma takutnya, Zambery tu lompat kat PKR satu hari nanti, sebab dalam PKR kan ramai orang India. Lagi pun dulu mereka kata dia ni kamceng dengan Anwar, pernah masuk ISA bersama.
Assalamualaikum,
Mohon semua warga BPN berjuang mempertahankan DYMM Sultan Perak yang dicerca dan dihina di Guestbook Pejabat DYMM Sultan Perak.
Berikut adalah alamatnya:
http://books.dreambook.com/duli/duli.html
Semoga seluruh warga BPN dapat memberikan sokongan dengan berlandaskan tatasusila dan adab menjunjung tinggi Sultan.
Mohon membuat komen di sana dengan nada yang baik dan penuh hemah.
Harap semua dapat berjuang.
Apa nak jadi...apa anggapan rakyat....apa akan jadi di pilihan raya ke 13 nanti.....siapa yang untung dan siapa yang rugi......apa yang dicari dan apa yg akan diperolehi.......siapa yg benar dan siapa yg dilindungi......
sudahkah difikiri?
Senang diperlaku tapi akibatnya nanti amat sukar nak diubati.Berhati-hati,jangan keputusan dalam sehari menanggung hingga mati.Kalau sudah mampu berdiri mengapa tongkat buruk yg yg dibeli.
Pening benak fikiran memikiri apakah muslihat akan menjadi atau mmakan diri....renungi aku bersendiri.
Salam.. Macam sama sahaja perangai parti pemerintah dengan parti pembangkang ni.. betul lah kata pembunuhiblis tu 2x5,5x2.. yang tersepitnya rakyat.. tapi rakyat ini tahu bila kuasa mutlak ada ditangan mereka, dan bila akan menggunakanya..
Untuk pengetahuan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir,adalah bekas CEO INMIND dan latar belakang Latarbelakang beliau ni dahsyat juga. Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pemikiran politik kontemporari (1995) dan Ijazah Sarjana dalam bidang falsafah politik dan perbandingan agama (1992) dari Universiti Temple, Amerika Syarikat.
Sebelum ke Amerika, beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (1987) dan pernah menjadi penolong profesor di Jabatan Sains Politik universiti berkenaan.
Beliau juga pernah menjadi CEO Institut Pengembangan Minda (INMIND) dan Ahli Kumpulan Pemikir Kebangsaan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
Beliau juga mempunyai bakat dalam penulisan dan pernah memenangi beberapa anugerah penulisan ketika menuntut di UIA. Selain itu beliau turut menulis beberapa buku, antaranya Education & Development, Business Administration In Islam, Administration in Islam, UMNO dan Jiwa Merdeka (1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah, Menuju Arah (2000) and Islam Malaysia & Amerika (2002).
Walaupun tidak mengenali beliau secara mendalam, tetapi apa yang saya lihat ialah beliau seorang yang peramah dan mempunyai PR yang baik. Diharap apabila dah jadi MB nanti, beliau jangan lupa diri pulak ya
Posted by Noor Hasilah Ismail at 5:45 AM
Labels: datuk dr zambry abdul kadir, menteri besar perak baru
Salam Gagak dan t.kasih kerana menyokong saya.
Kadang-kadang orang BN dan PR dan penyokong-penyokong fanatik mereka tak sedar peranan org PAP (Parti Atas Pagar) nie. Mereka lupa org PAP yg merupakan majoriti senyap inilah yg menentukan haluan masa depan politik negara. Ahli UMNO cuma ada 3.5 juta, itupun tak semua undi BN. Ahli PAS dan PKR pula sekitar 2 juta. Tetapi Melayu tidak berparti, Melayu PAP ada belasan juta, itu yg pemimpin BN dan PR seringkali lupa. Mereka boleh naikkan BN, mereka boleh jatuhkan BN. Mereka boleh naikkan PR, mereka boleh jatuhkan PR.
Dan perkembangan terkini politik Perak, kadang-kadang saya terfikir: mungkinkah Anwar sengaja menunujukkan dirinya sebagai mangsa kerakusan politik Najib bagi menarik simpati rakyat? Ketika BN berpesta mereka lupa tentang majoriti senyap yang cepat terbakar sentimennya. Buktinya malam tadi 10,000 orang berkumpul di kediaman Nizar, itu belum masuk yang tersangkut di lebuhraya dan di luar kediamannya. Apa maknanya itu? Siapa mereka - adakah semua mereka penyokong PKR,PAS dan DAP? Tentu jawapannya tidak!!
Kepada BN dan PR Jangan pandang enteng kepada orang atas pagar. Mereka memerhatikan gelagat anda. Minggu lepas mungkin mereka menyokong seseorang, hari ini dan besok mungkin orang lain yang disokongnya, semuanya bergantung kepada gelagat kamu bermain politik. Oleh itu sebelum bertindak, perlu berhati-hati. Jangan untung secupak tapi rugi segantang. Awas rakyat memerhatikan kamu, awas.....
lihat komen gila di sini http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/02/06/15382/
berani dia tulis sultan celaka...
Catat Ulasan