Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Disember 2013

Harun Taib Sindir Naib Presiden UMNO @Zahid_Hamidi Mahu Pertahan ASWJ & Senyap Isu Syiah Mat Sabu Kerana arahan Presiden PAS???



Dalam satu berita disiarkan Harakahdaily Harun Taib ada menyindir hasrat UMNO khasnya DS Zahid Hamidi berhubung isu mahu mempertahankan ASWJ (Ahlu Sunnah Wal Jamaah)

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan keghairahan Umno membangkitkan isu ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) pada waktu sekarang adalah semata-mata ingin mengelirukan masyarakat Malaysia tentang pengertian ASWJ dalam konteks yang sebenar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita-berita yang dilaporkan sejak kebelakangan ini khususnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggambarkan seolah-olah hanya Umno sahaja yang mempejuangkan akidah ASWJ di negara ini sedangkan realiti sebenarnya adalah berbeza.

"Saya ingin bertanya kepada Zahid, adakah beliau faham apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah?" soal beliau lagi.

Jelasnya, akidah ahli sunnah wal jamaah ialah akidah yang memandu sesiapa sahaja yang percaya kepadanya untuk memperjuangkan ajaran agama Allah s.w.t , termasuklah memperjuangkan hukum hakam-Nya yang wajib dilaksanakan dalam negara ini.

"Mereka yang memperjuangkan ASWJ hendaklah wajib menentang segala apa bentuk tindakan yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang berlaku di dalam negara ini," tegas beliau ketika dihubungi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/24149-adakah-zahid-faham-apa-itu-ahli-sunnah-wal-jamaah


Beliau dilihat mendiamkan diri bab SYIAH orang no 2 PAS yang dibangkitkan oleh DSZH semasa PAU 2013 yang baru sahaja berlalu. WALAUPUN PERNAH LANTANG TENTANG HAL INI SEBELUM INI.

Adakah sudah ada teguran keras dari pihak PRESIDEN melarang beliau membuat kenyataan tentang hal ini ? Adakah kerana Hj Hadi sendiri tidak anti SYIAH seperti kenyataan beliau di bawah ???




Isu SYIAH PAS nampaknya bercanggah pandangan antara satu sama lain. Ada yang menerima dan ada juga yang menolak SYIAH dari meresap perjuangan PAS. Baca berita di sini

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZJiaA==

Lebih malang ADUN PAS KEDAH juga menolak undang-undang anti SYIAH

http://www.penembak-tepat.com/2013/09/tahniah-9-adun-pas-tolak-undang-undang.html

Adakah ini tanda SYIAH akan dipertahan selagi mereka menyokong dan menjadi pemimpin PAS ?

Jika benar maka hancurlah harapan umat ISLAM kepada PAS. PAS sudah mengharap fahaman SYIAH untuk menguatkannya apabila enggan memecat pemimpin yang sudah heboh seluruh negara ada kaitan dengan SYIAH.

Perkara ini jangan didiamkan. Perlu tindakan tegas PAS sendiri.

Kecuali PAS memang mahu menerima ahli SYIAH dan menjadikan SYIAH bukan musuh namun teman yang patut dijadikan kawan seperjuangan.


3 ulasan:

Xpas berkata...

Yg jelas ASWAJA tidak mudah mudah menuduh seseorg itu kafir atau sesat, dan ASWAJA juga bukan pemutus silaturrahim. ASWAJA juga tidak memerangi pemerintah Islam yg bersyahadah dan bersolat.
Dlm PAS mcm mcm ada.

Unknown berkata...

Datuk Zahidpun usah berkelang keluk lagi. Gendang yang dipalu menandakansegalanya telah bermula. Usah hanya ghairah dengan sorak sorai tapi sampai PAU tahun depan apa pun tak de !

Tanpa Nama berkata...

PAS akan terima syiah asal boleh menang pilihanraya. Jelaslah bahawa PAS memang pengamal tegar "matlamat menghalalkan cara".

Cari Blog Ini

Translate