Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Disember 2013

KDN kemuka 10 maklumat Mat Sabu terlibat Syiah




PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 maklumat yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini berkata, antaranya Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131212/dn_41/KDN-kemuka-10-bukti-Mat-Sabu-terlibat-Syiah##ixzz2nJE6nMpn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kenyataan penuh :

KDN sahkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pengamal Syiah. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.

1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
- Rakyat News


Sent from my iPhone

3 ulasan:

Xpas berkata...

Dlm PAS mcm mcm ada. Pegangan ahli dan penyokong bahkan pimpinan berbagai bagai.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ye memang benar. Habis diterima masuk sampai habis bercelaru.

Tanpa Nama berkata...

ooo...hari ni dh jadi maklumat... bukanlah bukti...

bagi aku bende2 bodoh mcm ni oleh menteri bodoh yg mcm ni lah yg byk menjejaskan usaha PM utk menyatukan negara...melayu sama melayu...islam sama islam..melayu sama bukan melayu..

Cari Blog Ini

Translate