Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Disember 2013

Jawapan 'Maut' Kepada Pembenci PROTON isu Kereta Perdana Baru

Panglima berbesar hati membaca artikel di bawah berkenaan isu kereta Proton yang cuba dihina setengah pihak yang sudah sekian lama membencikannya.

Nak tulis ada lebih pandai. Maka mengulang siar bahan yang siap ditulis langkah mudah dan tepat untuk menyakinkan rakyat kehebatan jenama kereta negara kita. 

Harap ia mampu membuka minda dan hati mereka agar tidak memperlekeh jenama Malaysia ketika kita sedang berusaha menempa nama lebih cemerlang di pentas dunia. 

Baca dan mohon sebarkanya.



APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang 'super-kompetetif'. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- "Rebadging" atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka "rebadging" model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang "pilih kasih" menyebabkan Proton menjadi ibarat "punching bag". Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi "punching bag" tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu "Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?"

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak "bungkus" pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas "Saya tak suka Proton". Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012

sumber: TVONLINE 




Sent from my iPhone

6 ulasan:

PRAHA2 berkata...

Assalamualikum Hj. Saya tertarik dongan tulisan Hj. Memang oran suko kritk tapi kito kono baca lah kritikan tu. Kalo membino ok. Eden setuju yg barangan Korea sekarang ni mendapat tompet yg atas. lihat TV sudah lah. Olih itu Proton mosti lihat kritikan sebagai pendorong. Terutamo sekali on quality. Proton mosti keluarkan barangan yg berkualiti. Yg keduo Proton mosti ado RnD utk mengeluarkan jenama yg bolih ditorimo olih rakyat.Ok lah ciplak tu tak disukoi tapi melihat keadaan sekarang diMalaysia oran tak suko barangan yg ado kaitan dongan Melayu. Petronas ,Proton,Perodua dan apo lagi Melayu oran tak suko.JADI JANGAN PUTUS ASO

Old Perdana berkata...

PROTON adalah brainchild TDM. Walau dlm beberapa isu agama pndgn beliau tidak saya persetujui, tp dlm bnyk isu ekonomi dan politik, bg saya TDM adalah seorg yg brilliant.
PROTON saya anggap sbg langkah bertatih M'sia dlm industri berat permotoran ketika itu, yg dgnnya hari ini kita boleh berjln dan berlari dgn industri sokongan yg bernilai billions USD, dan ribuan org bahkan mungkin jutaan mendpt manfaatnya.

Tanpa Nama berkata...

Macai2 PR je nak anti dgn proton ni. Diorg nak pakai merz dgn bmw je, tu sebab diorg suruh turun harga kereta. Jadah punye macai.

Tanpa Nama berkata...

orang yang mengkritik dgn kebencian yg melampau adalah orang yg tak memahami ayat AlQuran yg bermaksud "barangkali kamu benci akan sesuatu akan tetapi Allah jadikan kebaikkan yg banyak padanya"


ibnusahdan

Tanpa Nama berkata...

Saja je jenis juak-juak PR ni, apa saja yg berkaitan dgn kerajaan semuanya tak betul... jenis tak sedar diri... kutuk proton tpi hakikatnya, proton gak yg dipakainya...

Tanpa Nama berkata...

Kalau Proton tak buat Saga baru, ada ke duit korang nak beli kereta sedan dgn harga dan spec yg sama? Dah la tak berduit, kuat pulak nak mengutuk... Ukur spender di anu sendiri dulu laa...

Cari Blog Ini

Translate