Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Disember 2013

Kebetulan atau Suratan : Peguam Mat Sabu (Hanipa Maidin) Juga Peguam Ahli Syiah Saman JAIS & UTUSAN MALAYSIA ???



Isu Mat Sabu ( Timbalan Presiden PAS ) semakin panas. KSU KDN semalam membuat sidang akhbar lanjutan dari pendedahan Menteri KDN DS Ahmad Zahid Hamidi semasa penggulungan Perhimpunan Agong Umno Sabtu lepas.

Selepas membuat beberapa penelitian didapati peguam Mat Sabu iaitu Hanipa Maidin adalah peguam yang sama membela ahli Syiah bernama Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang menyaman JAIS dan UTUSAN MALAYSIA tahun 2011.


Ia juga turut disiarkan di Harian Metro tarikh 20.10.2011.

KUALA LUMPUR: Seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu memfailkan saman terhadap sebuah akhbar, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah Jais, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais sebagai defendan.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lalu. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu semalam. 
Terdahulu, Hakim Datuk VT Singham ketika kes itu disebut di hadapannya semalam, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Disember 2010 kepada 17 Disember 2010.

Beliau juga menetapkan 31 Oktober ini bagi membuat keputusan terhadap permohonan Muhammad Khusrin dan Jais untuk membatalkan saman itu. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/20
Juga disiar oleh Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/175778Hubungan mereka juga dilihat begitu rapat sehingga bersama-sama pergi berceramah di Mesir pada 26.12.2011. 





Dalam akhbar Syiah abna turut menyatakan pendirian Mohamed Hanipa Maidin:

"Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah".

"Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu", menurut Hanipa Maidin lagi. http://abna.ir/data.asp?lang=15&Id=217734



Lebih jelas Hanipa Maidin juga dalam blog beliau turut menyentuh tentang tindakan JAIS menyerbu puak SYIAH yang didakwa ada kaitan dengan UMNO dan mengkritiknya.


Bagi saya amat tidak adil untuk Jais menyamaratakan syiah dengan ajaran sesat. Ini kerana isu fahaman syiah mempunyai sejarah yang panjang. Ya,benar ada perbezaan teologi antara syiah dan sunni namun agak tersasar untuk Jais meletak kedudukan syiah setara dengan ajaran sesat. 

Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'. Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah. Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah .


Lebih nyata beliau menulis dalam Harakah tentang Imam Khomeini


Selain itu Hanipa Maidin juga menggunakan tafsir Al Mizan yang disenaraikan sebagai tafsir SYIAH yang disiar oleh beberapa blog dan portal pembangkang dalam tulisan bertajuk : Menentang ekstremisme dari mana sekalipun yang disiar di sini http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=22570


Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
SAYA tertarik membaca tafsiran ayat 222 Surah Al-Baqarah oleh pengarang Tafsir Al-Mizan ‘Allamah Sayyid Hussein TobatobaĆ­ie . Ayat 222 tersebut adalah berkaitan dengan haid (‘datang bulan’ menurut orang Melayu).
Pengarang Tafsir Al-Mizan menyatakan: “Manusia mempunyai pelbagai pendapat dan adat tentang wanita ketika mereka dalam keadaan haid. Penganut Yahudi bersikap terlalu keras dalam hal ini. 


Mereka meninggalkan wanita yang haid hatta dalam makan dan minum. Wanita Yahudi yang haid akan dipisahkan dengan suami mereka dan wanita dilarang makan bersama ahli keluarga dan juga akan tidur bersendirian.


Berikut bukti tafsir disebut dari penulis SYIAH yang didedah di sini : http://www.voa-islam.com/read/indonesiana/2013/11/21/27556/waspada-ini-63-penerbit-buku-syiah-sesat-yang-mengelabui-umat-islam/#sthash.MTdyK5gG.dpbs


08) Penerbit : CV Firdaus
1. Al-Quran Menjawab Dilema keadilan, Muhsin Qira’ati
2. Imamah Dan Khalifah, Murtadha Muthahhari
3. Keadilan Allah Qadha dan Qadhar, Mujtaba Musawi Lari
4. Kemerdekaan Wanita dalam Keadilan Sosial Islam, Hashemi Rafsanjani
5. Pendidikan Anak: Sejak Dini Hingga Masa Depan, Mahjubah Magazine
6. Tafsir Al Mizan: Ayat-ayat Kepemimpinan, S.M.H. Thabathaba’i
7. Tafsir Al-Mizan: Surat Al-Fatihah, S.M.H. Thabathaba’i
8. Tafsir Al-Mizan: Ruh dan Alam Barzakh, S.M.H. Thabathaba’i
9. Tauhid: Pandangan Dunia Alam Semesta, Muhsin Qara’ati
10. Al-Qur’an Menjawab Dilema Keadilan, Muhsin Qara’ati
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/indonesiana/2013/11/21/27556/waspada-ini-63-penerbit-buku-syiah-sesat-yang-mengelabui-umat-islam/#sthash.MTdyK5gG.dpuf


juga sini : http://www.ustazcyber.com/2013/11/senarai-buku-buku-syiah-yang-perlu.html dan sini http://aburedza.wordpress.com/2013/09/01/awas-buku-syiah/


Adakah semua ini kebetulan atau suratan ???

Presiden PAS sendiri tidak menggunakan khidmat Hanipa Maidin ketika menyaman Dr Mashitah jika ada pihak membuat alasan Hanipa Maidin ada jawatan dan memang untuk mempertahan ahli dan pemimpin PAS. 



" Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua. "


Mungkin ada juga akan berkata bahawa Hanipa Maidin mungkin sekali sahaja menjadi peguam Mat Sabu. Maka jawapan kita ialah dalam kes yang lain melibatkan saman Timbalan Pengerusi SPR, Mat Sabu juga dibela oleh Hanipa Maidin seperti petikan dari blog Greenboc di sini :

Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu.

Wan Ahmad telah memberi keterangan dalam perbicaraan semalam dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu hari ini.

Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.




Hubungan rapat mereka bukan setakat itu sahaja, bahkan dibuktikan dalam artikel yang menceritakan insiden BERSIH 2.0 tahun 2011


Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel.

Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).


Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas
gambar Hanipa Maidin dengan Mat Sabu - gambar Sinar Harian 




Kesimpulan :

1. Hanipa Maidin ialah Peguam Mat Sabu yang juga turut menjadi peguam bela Ahli Syiah yang diserbu JAIS.

2. Hanipa Maidin juga menulis mengkritik tindakan JAIS serbu penganut Syiah. Serta menulis tentang Imam Khomeini dalam Harakah.

3. Hanipa Maidin juga disebut dalam portal berita SYIAH berhubung pendiriannya tentang fahaman tersebut.

4. Hanipa Maidin tidak dipilih Hj Hadi membela beliau walaupun menyaman Dr Mashitah.

5. Hanipa Maidin mempunyai hubungan sangat rapat dengan Mat Sabu sehingga bersama-sama ke Mesir berceramah kepada pelajar dan terlibat bersama dalam BERSIH 2.0

6. Banyak blog seperti Theunspinners dan SyiahMalaysia telah mendedahkan kaitan Hanipa Maidin dengan SYIAH.

7. Tulisan beliau juga menggunakan tafsir SYIAH yang disiar dengan jelas di portal pro pembangkang.





Wahabi akan rapat dengan geng Wahabi. Syiah akan rapat dengan penganut Syiah. Maka jangan pelik berdasarkan bukti kita dedahkan bahawa mereka berdua ada kaitan antara satu sama lain dan 'sejenis' dalam pemahaman dan pendirian berkaitan mazhab Syiah.

Tidak pelik 9 Adun PAS di Kedah tolak rang undang-undang SYIAH dan Mat Sabu juga bertanding di Pendang yang menjadi tempat ramai penganut Syiah.


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang membolehkan penguatkuasaan dapat dilakukan bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.

Bagaimanapun kelulusan undang-undang tersebut mendapat bantahan daripada sembilan ADUN Pas manakala empat lagi berkecuali manakala dua tidak mengundi. 12 ADUN Barisan Nasional (BN) termasuk bukan Islam dikatakan menyokong usul tersebut.


Theunspinners juga turut mendedahkan pertemuan pemimpin SYIAH dalam PAS pada 27 Feb 2010

Pada Sabtu Februari 27hb lepaih, waktu malam lepaih Maghrib, ada satu mesyuarat puak syiah ini diadakan di rumah kediaman Dr Lufti Ibrahim (atau Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim?), di Bandar Sunway. [Rujuk sini] Mesyuarat ini melibatkan antara pemimpin PAS Selangor dengan pemimpin syiah dalam PAS.

Ia dipengerusikan oleh Dr Lufti sendiri dan adalah dalam 40 orang pemimpin syiah dan PAS yang pro-syiah. Nama pemimpin PAS yang dapat dikealpasti adalah Dr Norman, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz (bawah), Dr Azlan dan Mohd Azam.


Bagi yang paham taktik perjuangan PAS, baik di Iran atau dimana, taktik mereka adalah berkonsep At-Taqiyah atau sedia berpura-pura dan berahsia demi perjuangan syiah mereka. Siapa boleh sangka dalam kumpulan syiah ini ada kepala sebanyak itu.

Perjuangan syaih sama saja mana-mana dan mereka ini membawa Islam revolusionar. Kenapa perlu mereka berbincang melainkan PAS Selangor kumpulan pro-ulamak yang dipimpini Hasan Ali perlukan sokongan pro syaih untuk menghadapi kumpulan Erdogan yang dikepalai Khalid Gereja dan Dr Zulkifli Ahmad.

Dalam mesyuarat itu, mereka berbincang mengenai hala tuju perjuangan PAS. Turut dibincangkan adalah taktik yang berasaskan strategi "At-Taqiyah" untuk menguasai PAS dan menyerapkan dasar perjuangan ala Iran.

Antara yang dirancang mereka adalah mengadakan tarbiyah yang akan ditumpukan kepada genarasi muda dan golongan intelek dan menghidupkan kembali konsep jihad. Cara yang dikenalpasti adalah dengan menyelitkan hadis 'syiah' tertentu dalam khutbah jumaah untuk membanghkitkan keyakinan dan melembutkan hati untuk menerima fahaman syiah.

Dalam perbincangan mereka, turut disentuh adalah cara untuk berhadapan dengan halangan yang akan ditimbulkan oleh kumpulan-kumpulan seperti JIM dan ABIM.

Bolehkah kumpulan pro-ulamak yang terang-terang adalah ahli Sunnah Wal Jamaah benar menerima mereka? Bagaimana pula dengan kumpulan Erdogan dan Wahabi yang berlainan dengan puak syiah yang lebih kepada mistik dan penyanjungan kemaksuman Saidina Ali atau Imam-Imam?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila KDN dikatakan nak dedah Mat Sabu, kekawan sy berpendapat KDN patut dedah kesemua nama org Melayu yg kini jadi pengikut syiah.

Juga daerah mana mereka tinggal patut didedahkan juga supaya rakyat yg tak mahu syiah akan lebih berwaspada.

Harap ade org KDN yg membaca ni.

Cari Blog Ini

Translate