SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.
Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
06 Disember 2013
Tiga Lamborghini Singapura Hangus Terbakar Pagi tadi - Gambar & Video
Tarikh: December 6, 2013
Lagi gambar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
MALAYSIA NI MACAM RACING TRACK BAGI MEREKA......
padan muka... dia orang kalau bawak kereta memang tak ingat orang lain... laju nak mampus.. kan dah terbakar...
selalu sangat dok memecut kat highway tu...
Pulau batu putih. Smartpon dan satelit tak perlu rumah api, kenapa cepat sangat ke icj elok buat rayuan balik.
Catat Ulasan