Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Disember 2013

myMetro | Dua maut kemalangan enam kenderaan di PLUS Arah Selatan


SEREMBAN: Seorang pemandu bas ekspres dan penumpang kereta maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk lori, kereta dan motosikal di Kilometer 244.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Mangsa terkorban, pemandu bas berasal dari Singapura, Ahmad Zaki, Kassim, 36, manakala penumpang kereta, Rasidah Abdul Latip, 30, dari Bandar Jengka Pahang.

"Tiga mangsa tersepit membabitkan lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Seorang penunggang motosikal patah kaki manakala penumpang teksi jenis Toyota Innova seramai empat orang terselamat," katanya ketika dihubungi petang tadi. 

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Rembau terbabit dalam operasi menyelamat dengan dibantu anggota bomba bermotosikal membabitkan keseluruhan 14 orang. 

Sumber 


Gambar dari whatsapp :









Kesesakan sejauh 8 km akibat kemalangan. Menurut info dari rakan.

Sent from my iPhone

1 ulasan:

cimporok berkata...

Pemandu lori dan bas perlu di sekolahkan di Malaysia ni
SPAD perlu buat mcm juruterbang pada pemandu lori dan bas mesti ada kelulusan menjaga nyawa manusia perlu lulus peperiksaan menjaga nyawa manusia dan kurangkan bilangan pemandu nya supaya orang yang betul layak sahaja yg boleh memandu!!!!!! Kalau tidak saya tengok pemandu bas dan lori saperti orang kurang siuman memandu terlalu laju!!!!!!!!!

Cari Blog Ini

Translate