Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Disember 2013

Ustaz Kazim Elias Akui Dihubungi Presiden Parti @NajibRazak Sebelum Dilantik Jadi MT - Sanggup dengan Syarat Kekal Bebas Menegur

MT UMNO : "Saya Masih Belum Buat Keputusan," Kata Ustaz Kazim Elias

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Pendakwah bebas terkenal, Ustaz MohammadKazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

"Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

ustaz-kazim-ceramah-hijrah-umno-pas-ahli-majlis-tertinggi-setapak-jawatan

"Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.

Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

"Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan," katanya.

Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.

Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.

"Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya," katanya.



Panglima : Ustaz Kazim Elias wajar terima tawaran demi memastikan Umno kekal dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan diberi peluang bebas kritik parti dan kerajaan dengan hikmah Wal mauizah hasanah. Elak terbuka tapi terus kepada MT dalam mesyuarat tertutup.

Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAJAL betul mereka yg. MENGHINA para ulama INTELEKTUAL Islam TERKEMUKA kita spt. YB Ustaz Mohd. Kazim Elias (ceramahnya tak jemu lansung,termasuk di dlm. menggunakan bahasa org. kpg kita - teringat ceramah 'Marah'nya, yg. memberi cth. tentang marah dgn. mengajuk si Demak dan pelakon lain, dr. filem Klasik Melayu yg. begitu indah, lakonan pelakon GEMILANG kita, Allahyarham Nordin Ahmad, dlm. "Sri Mersing")!

Apa salahnya beliau kalau mahu menegur kesalahan, terbuka atau tertutup, kerana tujuannya IKHLAS berjuang demi MEMPERTAHANkan Islam/umatnya?! Apalagi, bila si LIBERAL, pencinta "demokrasi-hak asasi" LIBERAL Barat-Zionis, makin mara mahu MENGUASAI keseluruhan UMNO/PAS, terutamanya PEMUDA UMNO!

Lagipun, bijak benar strategi YAB PM kita ini – utk. menyatukan PAS-UMNO serta umat Islam/Melayu, di masa hadapan, InsyaAllah! Ini yg. si Kapir Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (dan sekutu Barat-Israel mereka) amat benci!

Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI, BUDAYA Melayu PUSAKA INDAH kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham-Allahyarham Kamariah Noor (mana gelaran utk. JASAnya) atau Puan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK – adakah dgn. si KAPIR Shaw Brothers di S'pura tu?!)

Cari Blog Ini

Translate