Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2014

BERNAMA - Ketua Polis Negara Nafi 60 Anggota Polis Disiasat SPRM


KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

"Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau tanya dari mana mereka (Malaysia Insider) dapat laporan tersebut.

"Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai-pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati terhadap sumber berita mereka.

"Jangan laporkan daripada sumber yang tak betul, entah tukang kebun mana dia (wartawan) tu jumpa untuk dapatkan cerita yang tak betul ni," katanya sambil menambah pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut terhadap laporan palsu tersebut.

Mengikut laporan portal itu, kira-kira 60 anggota polis disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan itu meliputi perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran.

Mengulas perkara lain, Khalid berkata pihaknya akan memajukan kertas siasatan berhubung insiden membabitkan pasukan bola sepak T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

"Kita dah selesai mengemas kini kertas siasatan, mungkin dalam satu, dua hari lagi akan majukan kertas siasatan ini kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata lebih 20 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.



Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya diorang tengah panas sebab banyak kilang dadah telah dikesan didalam sebuah negeri tersebut

Cari Blog Ini

Translate