Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Februari 2014

@NajibRazak : UMNO tolak ideologi bertentangan ASWJ

Panglima ucap tahniah DS Najib kerana tegas menolak fahaman sesat seperti anti hadis. Penegasan ini sambungan kepada pegangan negara kita selama ini.

Sekaligus fahaman sesat lain seperti Syiah dan wahabi serta Islam liberal dll juga ditolak dan orang seperti Fathul Bari Dr Asri Rasul Dahri jangan dipopularkan lagi.

Mereka perlu menghormati IJMAK ulama dan jangan kacau pemikiran sedia ada atau berdiam diri tanpa menyebarkannya.

Tahniah DS Najib Razak...

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sebarang fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu ditolak sama sekali di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam soal berkenaan adalah tegas dan jelas bahawa mereka berpegang kepada akidah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, pendirian berkenaan sebagaimana disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.

"Justeru sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak sama sekali.

"Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan hadis Nabi Muhammad SAW yang merupakan hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran. Ini adalah sejajar dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang mengeluarkan kenyataan didakwa boleh menyesatkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Kenyataan Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi sehingga menyebabkan pelbagai pihak mahu beliau dikenakan tindakan undang- undang.

Kelmarin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi itu yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.

Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa lima ahli UMNO dikenakan hukuman dipecat keahlian kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Kata beliau, mereka antara lain melakukan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang.

Mereka ialah Baharim Abdullah dari UMNO Bahagian Kuala Pilah, Abdul Mohsin Mohd. Sharif (Tasik Gelugor), Mohd. Amri Che Ad (Tasik Gelugor), Hasan Bahri Mat Isa (Jempol) dan Mohd. Zulkefli Zakaria (Bachok).

Sementara itu, Najib memaklumkan persidangan cawangan UMNO akan bermula dari 1 April hingga 18 Mei ini.

Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fahaman fahaman selain ASWAJA memecah belah ummah, isu isu yg telah diselesaikan ulama' ulama' silam lama dahulu dibangkitkan semula.
Utk pegangan sendiri, terpulang, esok di Akhirat jawab sendiri, semuanya pun org org pandai belaka. Tp tolong jgn pengaruhi dan sebarkan kpd org lain, atau mmg teringin sgt nak tanggung dosa pengikut sama.
Ingatlah, di Akhirat nanti, sekecil kecil dosa sendiri pun jika tidak mendpt ampunan, tersgtlah berat utk ditanggung.

Cari Blog Ini

Translate