Artikel dan video dari UtaraNews :
P.Pinang, 5 April 2014 - Ketua Pembangkang Dun P.Pinang, Dato Jahara Bt Hamid hari ini mewakili semua Adun Barisan Nasional negeri membantah cadangan pembangunan tapak TUDM Butterworth diatas alasan bahawa pemimpin Umno/BN lebih mementingkan kehendak rakyat negeri P.Pinang.
Ketua Pembangkang berkenaan menyifatkan pembangunan tapak TUDM di Butterworth akan menyebabkan kesan kependudukan yang besar dan menjejaskan kawasan persekitaran Kadun Telok Air Tawar dan kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Selain itu, Jahara juga mendakwa penukaran tanah TUDM di Butterworth dengan tapak di Ara Kuda milik PERDA adalah tidak wajar dilakukan oleh pihak kerajaan Pusat. Ini kerana kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan rumah kos rendah serta rumah mampu milik untuk rakyat.
Menurut Jahara, pihak pengurusan PERDA sendiri telah menolak cadangan kerajaan untuk mengambil tanah tersebut sebagai "land swap" bagi tujuan pemindahan tapak TUDM di Butterworth.
Menjawab soalan dari pihak media, Adun Umno Pulau Betong, YB Mohd Farid Saad tidak menolak untuk bersetuju dengan Ketua Menteri DAP P.Pinang didalam membantah pemindahan tapak TUDM ini.
Menurut Mohd Farid, kepentingan rakyat bawahan harus diutamakan dan itulah tugas sebenar wakil rakyat di negeri ini. "Jika didalam kepentingan rakyat, kita akan bersetuju jika Guan Eng buat perkara yang betul.., begitu juga Guan Eng harus bersetuju jika kita berbuat serupa.." ujarnya.
Tapak TUDM Butterworth seluas 407 hektar dicadangkan untuk dijadikan sebagai Pusat Art & Leisure oleh TSR Capital Berhad. ~ UtaraNews.com
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan