Pengikut Blog Panglima

30 April 2014

SIKAP KURANG AJAR @AIRASIA MENYUSAHKAN PEMBUKAAN KLIA2 DAN PM @NAJIBRAZAK


BERITA DITERBITKAN PADA 6 APRIL 2014 :



KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beroperasi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, KLIA2.

Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata syarikat penerbangan tambang rendah - yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2.

Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.

Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.

Rabu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei, namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani.

Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.

Menurut Azmi, MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".

Berharga RM4 bilion, beliau berkata KLIA2, yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), "bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah."

Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di KLIA2, Azmi berkata KLIA2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA -- penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.

Beliau berkata AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.

"Kita tidak boleh membandingkan KLIA2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.

"Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh KLIA2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu," katanya dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di KLIA2.

Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir, Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang -- terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.

Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.

Beliau berkata caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna. Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas, kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.

Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.

Beliau berkata MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.

"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.

"Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki, itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak, kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah, MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/klia2-hampir-semua-kehendak-airasia-dipenuhi-kecuali-spa-dan-muzium-33316?cp


TERBARU :

Dah sah selamat


Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri


Sepang: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menegaskan bangunan terminal KLIA2 selamat digunakan dan tidak sepatutnya timbul pelbagai andaian buruk mengenainya memandangkan tiga badan utama berkaitan penerbangan dan pembinaan sudah menjalankan pemeriksaan rapi.


Pengurus Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad berkata, pemeriksaan terhadap bangunan KLIA2 sudah dijalankan dan ia disahkan selamat untuk beroperasi.


“Terminal KLIA2 sudah diperiksa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keputusannya bangunan berkenaan selamat digunakan.


Pihak AirAsia tidak berpuas hati dan kami memanggil Ikram Premier Consulting (IPC) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan keputusannya sama bahawa KLIA2 tidak berdepan sebarang masalah.


“Namun, ia masih tidak memuaskan hati mereka dan kami memanggil Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mereka turut mengesahkan bahawa KLIA2 selamat dan menepati standard pembinaan antarabangsa,” katanya selepas majlis pecah tanah projek Mitsui Outlet Park di sini, semalam.


Menurutnya, MAHB buntu mencari jalan memuaskan hati AirAsia dan ia sepatutnya tidak perlu diperbesarkan kerana ketika ini semua pihak sudah bersedia untuk memulakan operasi di KLIA2.


“Fokus kami buat masa ini adalah untuk memastikan KLIA2 beroperasi mengikut tarikh yang ditetapkan.




Malah, semua pihak seperti agensi penguatkuasaan, penyedia pengangkutan, syarikat penerbangan termasuk AirAsia sudah bersiap-sedia untuk berpindah ke KLIA2,” katanya.


Azmi berkata, melalui penganjuran Hari Terbuka pada 27 April lalu yang mencatatkan hampir 80,000 pengunjung, pihaknya menerima maklum balas positif mengenai kemudahan yang disediakan di KLIA2.


“Tinggi harapan kami agar semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan KLIA2 dapat beroperasi pada 2 Mei ini kerana ia jauh lebih baik berbanding operasi semasa yang dijalankan di Terminal Tambang Murah (LCCT),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai mesyuarat berhubung prosiding KLIA2 yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes; Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun dan CEO AirAsia Bhd, Aireen Omar.






http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dahsahselamat/MA/Article/index_html




Air Asia Perlu Dihenti Dari Terus Ugut Kerajaan



MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa lesen operasi yang dimiliki Air Asia hari ini adalah asalnya lesen yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada sebuah syarikat milik bumiputra yang tidak perlu dinamakan disini.

Atas sebab tertentu, syarikat berkenaan tidak berupaya meneruskan perniagaan itu (ada sumber mengatakan kerana krisis kegawatan ekonomi 1997) dan Air Aisa pun wujudlah dengan lesen operasi tersebut. Kalau tidak, mungkin Air Asia tidak wujud pun, tapi kerana ehsan kerajaan membenarkan mereka mengambil alih lesen berkenaan, wujudlah mereka sehingga hari ini.

Justeru, bila kewujudan Air Asia pun atas belas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya syarikat itu berani mengugut kerajaan, seperti dalam kes memindahkan operasi ke KLIA2 dari Terminal Tambang Murah (LCCT).

Ini bukan kali pertama syarikat berkenaan mengugut kerajaan. Sebelum KLIA2, Air Asia terlebih dahulu mengugut untuk memindahkan operasi syarikat tersebut ke Indonesia bila soal hutang syarikat itu dengan Malaysia Airport Berhad (MAB) berjumlah beratus juta ringgit mula menjadi isu awam.

Kini, bila berlaku tragedi MH370, Air Asia mengambil peluang dengan menjadikan soal keselamatan sebagai asas untuk tidak memindahkan operasi mereka ke KLIA2, mentang-mentanglah Air Asia bakal mendominasi 80% dari operasi syarikat penerbangan di fasiliti terbaru itu.

Sedangkan soal keselamatan bukan terletak di tangan Air Asia tapi agensi kerajaan berkaitan seperti DCA dan MAHB, apa yang Air Asia nak sibuk?

Justeru, sudah sampailah masanya untuk kerajaan mengkaji semula lesen operasi yang dianugerahkan kepada Air Asia dulu. Kalau perlu ditarik balik, tariklah balik dan berikan kepada syarikat yang lebih layak kerana syarikat itu nampaknya semakin besar kepala.

Tidak boleh dibiarkan syarikat berkenaan berterusan mengugut kerajaan macam ini. Mereka hanyalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya bila sudah berkembang macam sekarang, mereka mengambil peluang untuk mengugut kerajaan pula.

Kerajaan tidak perlu bimbang jika keputusan menamatkan lesen operasi kerajaan diambil.

Ada banyak syarikat penerbangan murah yang boleh mengambil kekosongan yang ditinggalkan Air Asia seperti Malindo dan Firefly. Semua syarikat ini tidak wujud semasa Air Asia bermula, jadi inilah masa yang sesuai untuk mereka diberi peluang berkongsi segmen penerbangan murah yang selama ini dikuasai Air Asia.

Petikan Mykmu.net


http://www.suaragenerasibaru.com/?p=111003



PANGLIMA : APA LAGI AIR ASIA MAHU ??? KENAPA KERAJAAN PERLU TAKUT DENGAN AIR ASIA ? ADAKAH MEREKA YANG MENGELUARKAN LESEN ATAU KITA ?

SUDAH BANYAK KALI RAKYAT TERTINDAS MELUAHKAN DI MEDIA MASSA TENTANG SIKAP PENGURUSAN AIR ASIA YANG BANYAK MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN DARI FAKTOR KEMANUSIAAN.

APA LAGI AIR ASIA MAHU SEBENARNYA ???
Catat Ulasan