Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 April 2014

@UMNOOnline - UMNO Kelantan Akan Bawa Isu Hukum Hudud Kelantan Ke Mesyuarat MT UMNO - Mustapa_Mohamed



UMNO Kelantan Akan Bawa Isu Hukum Hudud Kelantan Ke Mesyuarat MT UMNO

JELI, 6 April – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Datuk-Seri-Mustapa-Mohamed

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT UMNO sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

"Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli di sini, hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hokum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.

http://www.umno-online.my/?p=104272


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate