Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Mei 2014

Gambar Pemimpin PAS dengan Calon DAP #PRKTelukIntan Dyna Sofea - imbasan kisah Setpol LGE Nama Zairil



Saya sudah menulis di FB bahawa Dyna Sofea adalah anak Melayu namun bapanya Cina.

Kepada yang belum tahu saya mahu memberitahu Dyna Sofea anak bekas pemimpin wanita Umno yang kecewa kalah pemilihan parti berasal dari Ipoh.

Sebagai calon DAP seperti yang diumumkan siang tadi, beliau akan dilihat mewakili Melayu dengan sifat luarannya termasuk nama namun ramai tidak mengetahui bapanya seorang Cina.

Kenyataan ini ditulis mengikut maklumat rakan ditemui semasa pengumuman calon di Teluk Intan petang tadi.


seperti kisah Zairil sebelum ini yang disebut anak Tan Sri Khir Johari namun hakikatnya beliau hanya anak tiri dan bapanya yang asal ialah Cina.

Persamaan antara Dyna Sofea dan Zairil ialah mereka berwajah dan bernama Melayu namun keturunan Cina dan diberi posisi penting sebagai Setpol kepada dua pemimpin DAP.

Maknanya darah Melayu sejati belum tentu akan diberi sedemikian rupa penghormatan dalam parti disebut begitu rasis seperti DAP.

Jika anda seorang Islam seperti Dyna adakah anda sanggup mengikut parti DAP yang hingga kini dengan lantang menolak hukum Allah iaitu hudud?

image.jpeg

Kita menunggu komen pemimpin PAS yang barangkali tidak mahu komen tentang aurat Setpol Lim Kit Siang ini.

Walhal beliau juga seorang Islam dan perlu mengikut syariat seperti yang disebut dalam kritikan mereka terhadap isteri Perdana Menteri.

Adakah hukum untuk parti DAP berbeza?

Kita khuatir perkara ini akan membuka lebih luas pintu untuk selamat dari cercaan PAS dengan menjadi ahli DAP walau beragama Islam berbangsa Melayu.

Kepada pelajar UiTM, tugas anda untuk membetulkan mentaliti dan pemikiran Dyna Sofea agar sedar bahawa perjuangannya hari ini bertentangan intipati agama Islam.

Menuntut keadilan berlandaskan Al Quran tidak akan berjaya menggunakan platform parti musuh Islam.

Itulah kaedahnya dan tolong sampaikan mesej kasih sayang persaudaraan Islam kepada calon DAP bernama Dyna Sofea ini.

Sebelum terlambat.


Sent from my iPhone




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate