Pengikut Blog Panglima

03 Jun 2014

Ibu Dyana Sofya Kena Surat Tunjuk Sebab Kempen untuk anaknya calon DAP #PRKTELUKINTAN





menerusi tweet @Bernama jam 3.30 petang menulis bahawa ' Umno hantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat kerana berkempen untuk anaknya Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan - Tengku Adnan

Tahniah atas tindakan ini.Ia sangat wajar dan beliau patut dipecat kerana menyokong perjuangan anaknya dalam DAP yang jelas menolak Hak Istimewa Melayu Bumiputera dan berjuang untuk kesamarataan yang jelas tidak selari dengan peruntukan undang-undang negara kita.

semalam 45 bloggers juga telah mendesak agar ibu Dyana Sofya dipecat seperti artikel di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2014/06/r45-blogger-umno-desak-umno-pecat-ibu.html 





Yammy ketika diminta mengulas tentang perbezaan haluan politik antaranya dengan Dyana Sofya berkata, sokongannya terhadap calon DAP itu atas kapasiti sebagai ibu wanita itu.

"Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,


sumber http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/05/yammy-samat-ahli-wanita-umno-perak-akan.html



baca kembali tentang Hak Istimewa Melayu dalam Perlembagaan :

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.


Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu


Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut: 

Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat. 

Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. 

Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. 

Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.


Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.






http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak-hak_istimewa_orang_Melayu
Catat Ulasan