Artikel 11 & Islam Di Negeri Selangor : Bila Ulama’ Menjual Agama…
Berikut adalah yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 11. Kebebasan Beragama:
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.”
Mari pula kita lihat Perkara 11. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan TERTAKLUK KEPADA FASAL (4) MENGEMBANGKANNYA. Fasal (4) dalam perkara yang sama dengan jelas menyebut “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang- undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan tulang belakang kepada undang-undang Malaysia, tetapi ia juga disertai dengan pengurniaan hak asasi kepada mana-mana individu di Malaysia.
Namun, setiap hak yang diberikan tidaklah bersifat “total” dimana, ada undang-undang yang mengawalnya supaya hak yang diberikan tidak dimanipulasi dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang berkempentingan di negara ini. Kita perlu ingat Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya bersifat anarki.
Apabila dinyatakan bahawa kebebasan untuk beragama di Malaysia adalah hak milik semua rakyat. Tidak kira agama apa pun. Namun begitu, hak untuk memilih agama di kalangan orang Islam di Malaysia adalah terhad.
Ini kerana orang Islam di Malaysia tertakluk kepada perundangan Syariah dan juga perundangan Sivil. Namun perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh orang Islam itu sendiri, tetapi dipertikaikan oleh orang bukan Islam yang ingin mengembangkan ajaran mereka kepada orang Islam/Melayu di Malaysia.
Artikel 11 (4) memberikan kuasa kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama untuk menyekat penyebaran agama lain kepada orang Islam. Bidang kuasa ini diberikan kepada institusi atau jabatan agama bagi setiap negeri. Ia selaras dengan perlembagaan Malaysia dan tidak menganggu gugat kepentingan agama lain di negara ini.
Baru-baru ini terdapat beberapa isu yang menjadi pertikaian di antara orang Islam, orang bukan Islam dan juga institusi keagamaan di Malaysia. Perkara yang saya ingin ulaskan di sini adalah tindakan MAIS & JAIS terhadap rampasan bible di Malaysia.
Untuk pengetahuan umum MAIS dan JAIS bergerak dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di Malaysia. MenurutEnakmen 1, Tahun 1988, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembahan di Kalangan Orang Islam 1988) jelas menunjukkan bahawa tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia.
Di dalam enakmen negeri tersebut dinyatakan bahawa larangan tertentu seperti mengajak, menyebar, memberi penerangan dan menggunakan ayat-ayat tertentu (seperti kalimah Allah) oleh bukan Islam adalah tidak boleh dan melanggar undang-undang. Oleh itu tindakan JAIS adalah bersesuaian dengan enakmen tersebut dan juga mengikut Artikel 11 Perlembagaan Malaysia.
Apa yang menjadi masalah besar ialah, apabila sebahagian dari mereka yang tidak berpuas hati mengatakan JAIS telah melangkaui tugas mereka sebagai penguatkuasa agama Islam dengan melaksanakan tindakan kepada orang bukan Islam.
Ya, orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Syariah, tetapi apabila terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam, adalah dalam bidang kuasa JAIS atau mana-mana jabatan agama Islam untuk bertindak.
Penterjemahan apa-apa kitab keagamaan ke dalam bahasa Melayu secara umumnya tidak salah. Namun begitu, apabila ada unsur penyebaran kitab atau tulisan atau risalah secara terbuka kepada orang Islam, ia merupakan kesalahan. Ditambah lagi dengan pengunaan kalimah Allah di dalam kitab agama lain selain Islam. Dari sudut perundangan perkara ini sememangnya satu kesalahan dan ia di bawah penguatkuasaan pihak yang berwajib untuk menangani perkara ini.
Kita juga perlu melihat natijah utama kenapa perlunya naskah-naskah keagamaan tertentu diterjemah kepada bahasa majoriti umat Islam di Malaysia. Kesimpulannya adalah untuk memastikan bahawa isi kandungan kitab keagamaan itu dibaca oleh orang Islam. Ya, memang mereka katakan bahawa ianya untuk kegunaan Bumiputera yang bukan Islam di Semenanjung Malaysia.
Persoalannya, berapa ramai orang Bumiputera yang menjadi penganut agama lain selain Islam di Semenanjung amnya, dan Negeri Selangor khususnya. Alasan demi alasan dikeluarkan oleh golongan ini untuk meng”halal”kan tindakan mereka menyebarkan agama kepada orang Melayu/Islam di Malaysia.
Namun, kita sebagai umat Islam terus berdiam diri dan ada pula yang menyalahkan JAIS & MAIS dalam isu rampasan kitab yang dilakukan tidak lama dahulu. Yang peliknya semalam, 4 wakil rakyat dari PARTI YANG PALING ISLAM SEKALI DALAM MALAYSIA, telah bertindak menekan Kerajaan Negeri Selangor, Kesultanan Selangor, MAIS & JAIS untuk dihadkan kuasanya.
Mungkin wakil rakyat ini lupa bahawa sedang sibuk mereka berpolitik dan menikmati hasil kutipan tabung TIN MILO, mereka telah gadaikan maruah agama mereka kerana kepentingan politik.
Buat apa bercakap pasal mempertahankan hudud sedangkan akidah umat Islam pun tidak mereka sanggup bela. “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR Tirmidzi)
Dan apa yang dikatakan oleh Rasulullah telah terjadi di masa kita, di negara kita. Masihkah kita buta dan mengikut kata “pejuang palsu Islam” ini?
Jika dahulu sebelum dapat memerintah negeri Selangor, mereka janjikan orang Islam dengan kebajikan, keIslaman dan SYURGA kini tidak lagi. Hatta, kilang ARAK yang dikatakan akan tumbang sekiranya mereka memerintah itupun masih berdiri megah. Jangan kita lupa ada diantara 4 wakil rakyat yang menentang JAIS telah pun melawat dan bersuka ria di kilang tersebut.
Apa yang boleh kita katakan sekarang terutamanya para pengundi kerajaan Pakar Rompak (PR) adalah PADAN MUKA KITA. Ini adalah hasilnya daripada perjuangan RAKYAT yang dicanang mereka. Inilah REFORMASI/UBAH ala mereka. Agama dijual, bangsa tergadai.
isuhot.com
Mohon artikel ini disebarkan dalam semua bahasa yang anda mampu lakukan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan