Semalam YB Khairy ada mengulas tentang isu wanita sebagai MB atau Perdana Menteri. Ekoran kenyataan Penasihat Undang-Undang UMNO berhubung isu Wan Azizah sebagai MB Selangor. Kita tidak kisah kenyataan Pembangkang namun kesal kerana kenyataan YB Khairy atas kenyataan Hafarizam tersebut.
Untuk memahami isu ini kita sepatutnya kembali kepada kupasan dalam agama tentang kedudukan wanita sebagai pemimpin tertinggi negara.
Sekaligu memberi pemahaman bahawa wanita boleh memegang jawatan lain dengan beberapa syarat yang diputuskan oleh ulama seperti keterangan di bawah ini.
UMNO telah lama memberi ruang kepada wanita untuk memimpin dan ia tidak bercanggah dengan Islam. Namun menjadikan wanita sebagai PM atau Ketua Menteri sudah tentu ia tidak dapat dilaksanakan kerana tidak diharuskan di sisi agama kita.
Kenyataan KJ seperti laporan Mstar http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/15/wanita-layak-jadi-mb-tapi-bukan-wan-azizah/
Pandangan Peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengenai wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar terus menerima kritikan termasuk daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, Khairy menegaskan alasan bahawa wanita tidak boleh mengiringi sultan pada majlis keagamaan kerana keuzuran hanya perkara kecil.
"Itu pandangan peribadi beliau. Tapi bagi saya secara peribadi...tidak ada salah wanita menjadi Menteri Besar ataupun Perdana Menteri.
"Kalau bagi alasan tak boleh iringi sultan ke majlis keagamaan, itu bukan satu-satunya tugas Menteri Besar kerana tugas paling penting ialah untuk tadbir negeri," katanya di sini, Selasa.
Berikut sedutan dari artikel blogger Pena Minang tentang isu wanita sebagai pemimpin :
PENJELASAN HADIS
Hadis di atas dijadikan dasar para ulama untuk melarang seorang wanita memangku jabatan sebagai kepala negara. Berikut ini akan saya nukilkan keterangan ulama berbagai madzhab tentang hadis di atas:
- Ibnu Hazm Adh-Dhahiri dalam kitabnya Al-Fashl 4/110 menyatakan: “Seluruh golongan Ahli kiblat (muslimin), tidak ada seorang pun dari mereka yang memperbolehkan kepemimpinan seorang wanita.” (Lihat Al-Imamatul ‘Udhma hal. 246).
- Ibnu Qudamah Al-Maqdisi dalam kitab Al-Mughni 10/92 menjelaskan alasan seorang wanita tidak boleh menjadi hakim atau pemimpin:
“… kerana seorang hakim (qadli) harus menghadiri tempat pengadilan dan perkumpulan lelaki dan membutuhkan pandangan yang tajam serta kecerdasan akal yang sempurna. Sementara wanita adalah makhluk yang kurang akalnya, dangkal pandangan pemikirannya, tidak boleh hadir pada perkumpulan kaum lelaki dan tidak diterima persaksiannya (dalam pengadilan) sekalipun 1000 (seribu) wanita selama tidak ada laki-laki (yang ikut jadi saksi). Allah telah mengingatkan sifat pelupa mereka dalam firman-Nya:
أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى
“…supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya….” (Al-Baqarah: 282)
Seorang wanita tidak layak memangku jabatan kepemimpinan tertinggi dan tidak pula mengatur sebuah negara. Oleh kerana itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, para khalifahnya dan para ulama yang datang sepeninggal beliau tidak pernah mengangkat seorang wanita sebagai hakim atau mengatur sebuah wilayah di suatu negara. Menurut berita yang sampai kepada kami, kalaulah boleh, maka tidak akan kosong seluruh masa dari kepemimpinan wanita….”
- Abu Muhammad Al-Husain bin Mas’ud Al-Baghawi dalam kitabnya Syarhus Sunnah 6/60 menjelaskan:
“(Para ulama) sepakat bahawa seorang wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan hakim (qadli) kerana seorang imam (pemimpin) perlu keluar untuk mengurusi permasalahan jihad (perang) dan urusan kaum muslimin. Sementara seorang hakim harus keluar untuk memutuskan berbagai permasalahan. Sedangkan wanita adalah aurat, tidak boleh keluar (dari rumahnya). Wanita sering kali tidak mampu mengurusi banyak perkara kerana kelemahannya dan disebabkan wanita itu kurang (agama dan akalnya). Padahal kepemimpinan dan kehakiman itu adalah jabatan yang sempurna , tidak boleh dijabat kecuali oleh kaum lelaki yang sempurna….”
- Abu Bakar Ibnul ‘Arabi Al-Maliki dalam kitabnya Aridlatul Ahwadzi juz 9/119 setelah membawakan hadis ini menjelaskan:
“Hadis ini menunjukkan bahawa kepemimpinan itu adalah hak lelaki. Tidak ada celah bagi wanita dalam masalah ini menurut kesepakatan (ulama).”
- Muhammad Abdurra’uf Al-Munawi dalam kitabnya Faidhul Qadir 5/386 setelah menyebutkan hadis ini menyatakan:
“…yang demikian itu kerana kekurangan yang ada pada seorang (wanita) dan kelemahan pandangannya (rasionya), juga kerana seorang pemimpin dituntut untuk keluar mengurusi problem rakyat. Sedangkan seorang wanit adalah aurat yang tidak mungkin keluar melakukan tugas seperti itu. Maka ia tidak sah menjadi seorang pemimpin dan hakim.”
- At-Thibi menjelaskan:
“Hadis ini menyandarkan ketidakbahagiaan, ketidakjayaan bangsa Parsi secara ta’kid (penekanan) dan pada hadis ini ada isyarat bahawa kejayaan milik bangsa Arab, sehingga berita ini merupakan mu’jizat.”
- Imam As-Shan’ani dalam Subulus Salam Kitabul Qadla 4/229 menjelaskan hadis ini:
“Di dalam hadis ini ada dalil yang menunjukkan tidak bolehnya seorang wanita memimpin sesuatu pun dari hukum-hukum yang bersifat umum di kalangan muslimin….”
Beliau juga menegaskan:
“Hadis ini mengabarkan tentang ketidakjayaan suatu kaum yang mengangkat wanita sebagai pemimpin. Sedangkan kita dilarang melakukan sesuatu yang mengakibatkan ketidakjayaan / ketidakbahagiaan pada diri kita dan diperintahkan untuk berupaya mengerjakan sesuatu yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan.”
- Imam Asy-Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar juz 8/272 bab Al-Mu`min Wilayatil Mar`ati was Shabiyi wa Man La Yuhsinul Qadla menerangkan:
“Pada hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa seorang wanita bukanlah orang yang pantas dan berhak menjadi pemimpin. Bahkan tidak halal bagi suatu kaum mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin. Sedangkan menjauhkan diri dari perkara yang membawa kepada ketidakbahagiaan adalah wajib.”
- Dalam kitabnya yang lain iaitu As-Sailul Jarar 4/505 ketika berbicara tentang syarat seorang pemimpin harus lelaki, beliau menjabarkan:
“…Alasannya adalah kerana kaum wanita adalah orang yang kurang akal[2] dan agamanya sebagaimana yang disabdakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang yang seperti itu keadaannya, tentu saja sangat tidak pantas mengurusi problem umat. Oleh sebab itulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadis yang sahih:
لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً
“Tidak akan jaya suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.”
- Al-’Allamah Muhammad Amin Asy-Syinqithi dalam Adlwaul Bayan 1/52 menjelaskan:
“Termasuk syarat kepala negara adalah dia seorang lelaki. Tidak ada ikhtilaf dalam masalah ini di kalangan para ulama. Dalilnya adalah hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan yang lainnya dari hadis Abi Bakrah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala sampai pada baginda dikhabar bahawa penduduk Parsi menobatkan puteri Kisra sebagai ratu (kepala negara), baginda bersabda: (hadis di atas).”
- Shafiyur Rahman Al-Mubarak Furi dalam Ithaful Kiram hal. 417-418 menerangkan:
“Hadis ini umum mencakup semua kepemimpinan dalam suatu pemerintahan sampai jabatan terkecil sekalipun, walaupun hadis ini disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala sampai berita bahawa penduduk Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin (kepala negara) mereka…”
- Abdullah bin Abdurrahman Al-Bassam dalam Taudhihul Ahkam 6/142 juga menjelaskan:
“hadis ini secara tegas menyatakan tidak sahnya kepemimpinan seorang wanita, dan suatu masyarakat atau bangsa yang mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin tidak akan bahagia, baik dalam urusan duniawi maupun urusan ukhrawi. Ini adalah pendapat jumhur ulama, di antaranya adalah tiga imam madzhab di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah iaitu Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad.”
Read more: http://www.penaminang.com/2014/07/wanita-menjadi-pemimpin.html#ixzz37bWE2MJr
selanjutnya anda boleh membaca kupasan lanjut berhubung isu ini ditulis oleh Dr Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=124
Kepada YB Khairy, anda perlu berhati-hati membuat kenyataan. Silap kenyataan boleh membawa masalah kepada masyarakat dan juga negara kerana kedudukan anda sebagai pemimpin Pemuda UMNO dan juga YB bertaraf Menteri.
Kesimpulan mudah : wanita tidak wajar dibebankan dengan tugas mengurus negara di saat lelaki sudah pun ada untuk meneruskan kepimpinan. Tugas mereka lebih utama ialah melahirkan lelaki-lelaki yang bakal menjadi pemimpin yang pasti mustahil jika tidak ada wanita solehah yang mampu mendidiknya. Selalu kita dengar di belakang seorang lelaki yang hebat adalah seorang wanita.
Perjuangan untuk menjadi pemimpin di kalangan wanita akan menyebabkan rumah tangga terabai dan mencetus masalah lebih besar kepada pihak suami dan anak serta sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.
Kerana kehebatan wanita dan juga kelemahan wanita yang dicipta oleh Allah yang Maha Bijaksana ada rahsia di sebaliknya.
Kerana itu mereka diberi rahmat sangat besar dengan diringankan dari beban menanggung dosa berbanding lelaki yang terpaksa menanggung dosa isteri dan anak selain saudara perempuannya. Melarang wanita menjadi pemimpin bukan untuk menahan kebolehan mereka namun mengelakkan mereka dari perkara-perkara yang tidak mampu ditanggung oleh wanita itu sendiri.
baca artikel berkaitan perkara ini di sini :
4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki
bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada
akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim
apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti
solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya
ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya,
maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat,
maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau
anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:- “Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.”(At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,
semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah
tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang
yang ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam
Source : http://ustazazhar.net
* Kerana itu Allah jadikan kaum lelaki sebagai Khalifah
di dunia, beban tanggungjawab itu terlalu besar....
http://ammy11.blogspot.com/2012/07/dosa-yang-di-tanggung-oleh-kaum-lelaki.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan