Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Julai 2014

Nampak 'permainan' portal berita itu - Utusan Malaysia


Nampak 'permainan' portal berita itu

Untuk kesekian kalinya, kalau bukan Malaysiakini maka Malaysian Insider yang akan cuba memburuk-burukkan hasil tulisan karyawan Utusan Malaysia.

Ada sahaja pandangan dan teguran kolumnis Utusan Malaysia terutama kalangan pengarangnya dituduh tidak betul dan dilihat cuba mencetuskan perpecahan kaum. Walhal tulisan kolumnis Utusan Malaysia dipetik dari sudut yang salah dan di-spin.

Terbaharu, tulisan Cuit Zaini Hassan bertajuk "Lagi nasib si peniaga Melayu" di-spin konon kegagalan mempertahankan kedai telekomunikasi di Alamanda adalah kerana model mentor-menti peniaga Cina.

Oleh kerana busuk hati juga menyebabkan fakta tentang kejadian yang menimpa isteri kepada bekas wartawan lain ditukar kepada isteri Zaini. Artikel Zaini adalah untuk mengingatkan GLC supaya mengikut model yang digunakan oleh peniaga Cina dalam memajukan perniagaan kaum bumiputera bukannya menyalahkan peniaga Cina atas kegagalan orang Melayu.

Tak habis-habis portal berita propembangkang ini memutar-belitkan laporan berita. Sasaran mereka ialah pemimpin UMNO.

Selepas Malaysiakini memfitnah Perdana Menteri, Malaysian Insider pula berhari-hari menyerang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kepala lembu yang diletakkan di rumah ADUN DAP RSN Rayer.

Portal propembangkang sudah beberapa kali berbohong, dan terus berani menyiarkan artikel terbaharu bertajuk "Seorang lagi pak menteri menyerlahkan kejahilannya."

Malaysian Insider melemparkan persepsi jahatnya dengan mendakwa Zahid Hamidi seolah-olah bersetuju dengan golongan bertanggungjawab melemparkan kepala lembu itu.

Kalau kita baca dengan teliti, kandungan artikel portal propembangkang itu bersikap berat sebelah dan beberapa kali cuba memburukkan Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpinnya. Walhal Zahid Hamidi telah memaklumkan bahawa insiden tersebut sedang disiasat.

Hentam Pemimpin

Biasanya portal propembangkang itu tidak melaporkan perkara yang sebenar. Ia menyiarkan laporan secara berpilih mengikut selera pengarangnya. Lebih seronok lagi bagi mereka jika laporan itu dapat menarik simpati pembacanya dan menghentam pemimpin Melayu dan Islam melalui ruangan komen.

Malaysian Insider dan Malaysiakini memberi ruang dan menjadi medan untuk puak-puak propembangkang dan antiagama Islam untuk mengeluarkan kata-kata hasutan.

Kalau dibaca tulisan pembaca dalam ruangan komen, memang menyakitkan hati kerana ditulis tanpa asas dan syok sendiri. Mana-mana pihak yang cuba bersikap memihak atau berkecuali akan diganyang habis-habisan.

Etika kewartawanan dalam portal propembangkang baik Malaysian Insider atau Malaysiakini sebenarnya sudah mati. Sebab itu wartawan dan pengarangnya bagaikan tiada perasaan bila menulis. Mereka tak peduli sasaran tulisan mereka.

Cuba kita baca laporan portal propembangkang ini terutama tentang isu bukan Islam. Bukan main mereka gembar-gemburkan. Pihak Islam sahaja yang nampak bersalah.

Bagi portal berkenaan, kalau mereka kutuk agama dan umat Islam serta orang Melayu, itu tidak menjadi hal. Mereka harap orang Melayu tak perlu balas dan melawan. Kata-kata kesat dibiarkan membanjiri ruang-ruang komen kepada laporan yang berat sebelah dengan ayat-ayat menghasut. Komen-komen yang tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat dilupuskan.

Namun, sebaliknya kalau orang Melayu kritik penganut agama bukan Islam, mereka pula akan buat kecoh dan gemparkan isu itu ke seluruh negara. Mereka ingat kita bodoh dan tak nampak permainan itu.

Sebab itu berhati-hatilah membaca portal berita berkenaan. Cuba fahami maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh portal berita propembangkang. Mereka akan sentiasa 'spin' berita-berita daripada Utusan Malaysia dan cuba mewujudkan persepsi negatif kepada akhbar Melayu ini.

Oleh itu, berhati-hatilah membaca berita daripada portal berita propembangkang kerana setiap artikel mereka, akan ada agenda tersembunyi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib siasat agenda mereka dan dalang yang cuba melaga-laga masyarakat pelbagai kaum dengan membiarkan hasutan dan laporan palsu disiarkan dalam laman portal berkenaan.

Usah biarkan api-api hasutan itu menjadi terlalu besar, nanti sukar untuk dikawal.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140706/re_06/Nampak-permainan-portal-berita-itu#ixzz36foA4f7x 



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate